Kejohanan Bolasepak Bekas Pelajar English College 2017 – @EnglishCollegeCorporation

KEJOHANAN BOLASEPAK BEKAS PELAJAR ENGLISH COLLEGE

Kejohanan Bolasepak Antara Bekas Pelajar English College ini diilhamkan oleh kumpulan pelajar tahun 1992 untuk mengadakan kejohanan ini dengan mengumpulkan 6  pasukan dari kumpulan bekas-bekas pelajar daripada English College ini dan pada permulaannya hanya diadakan di padang sekolah berkenaan.

Sebelum bermulanya kejohanan ini mereka telah berbincang bahawa sesiapa juga yang memenangi kejohanan ini harus mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kejohanan ini pada tahun yang seterusnya.

Kejohanan ini telah dinaik taraf dengan mengadakan kejuaraannya di Padang Seri Gelam, Johor Bahru dan berjaya mengumpulkan 12 pasukan dan masih masih mengekalkan format  kategori iaitu kategori terbuka 25 hingga 41 tahun.

Kumpulan pelajar tahun 1995 telah memberi idea untuk berkolaborasi bersama Koperasi Bekas Pelajar English Johor Bahru College Bhd (EC Corp) untuk bersama-sama menganjurkan kejohanan ini dan perkara ini berjaya mengumpulkan seramai 16 pasukan dan mengekalkan format yang sama dan diadakan di padang Seri Gelam dan tahun tersebut kumpulan pelajar tahun 2004 telah memenangi kejohahanan tersebut.

Pada tahun 2015 pihak EC Corp telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi menganjurkan kejohanan untuk kali ke 4 di padang yang sama dengan mengumpulkan 29 pasukan dan telah di bahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori terbuka berumur dari 17 hingga 38 tahun dan kategori veteran dari 38 dan ke atas.

Ianyalah program sukan rakyat yang diminati di Malaysia dan objektifnya ialah untuk kemuafakatan bersama, berjumpa dan mengekalkan silaturahim antara bekas-bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar.

 

(Visited 41 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest