Undian Memihak Kepada Skuad Muda Negara – #afc @afcasiancup

Undian Memihak Kepada Skuad Muda Negara – #afc [email protected]

KUALA LUMPUR, 22 APRIL – Malaysia diumumkan mendapat undian yang memihak kepada skuad muda negara bagi dua saingan Kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kelayakan Kejohanan Bawah 19 (B-19) 2018 dan Bawah 16 (B-16) 2018, dijadual berlangsung pada September dan Oktober depan.

Berdasarkan undian diadakan di AFC House hari ini, skuad B-16 negara diundi dalam Kumpulan J bersama-sama Guam dan Indonesia, namun ujian sebenar adalah berdepan Jepun yang muncul juara dua kali pada 1994 dan 2006.

Pasukan muda Malaysia juga mendapat laluan mudah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan B-19 selepas diundi dalam Kumpulan F bersama-sama tiga pasukan ASEAN – Timor Leste, Brunei dan Indonesia. Namun, pasukan muda itu bakal menghadapi tugas getir apabila bertemu juara 12 kali, Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah aksi kelayakan itu.

Mengikut format kejohanan bagi kedua-dua kejohanan kelayakan berkenaan, juara bagi setiap 10 kumpulan dan lima pasukan terbaik di tempat kedua, akan beraksi pada pusingan akhir.

Kejohanan Kelayakan B-16 2018 akan berlangsung dari 16 hingga 24 September, manakala aksi Kelayakan B-19 2018 dari 31 Oktober hingga 8 November tahun ini, di negara tuan rumah yang dipilih.

Ketua Kejohanan Pasukan Kebangsaan AFC, Avazbek Berdikulov berkata Malaysia menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan Pusingan Akhir B-16, manakala Indonesia dan Myanmar pula menunjukkan minat menganjurkan saingan Pusingan Akhir B-19.

“Peningkatan jumlah pasukan yang bakal beraksi pada kedua-dua kejohanan kelayakan itu menunjukkan anggota gabungan AFC menyedari betapa pentingnya kejohanan seumpama itu untuk pembangunan bola sepak dalam kalangan belia di negara masing-masing.

“Apa yang berbeza pada tahun ini ialah setiap kumpulan dalam aksi kelayakan terdiri antara empat dan lima pasukan, berbanding edisi sebelum ini sehingga lapan pasukan bagi setiap kumpulan dan kami akan cuba memudahkan pasukan yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan serta pusingan akhir,” katanya.

(Visited 5 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest