Pelajar Dipukul Warden Kini Kritikal – @AyubBinRahmat

Pelajar Dipukul Warden Kini Kritikal – @ayubbinrahmat

 

JOHOR BAHRU, 22 APRIL – Pelajar dikatakan disebat oleh warden yang menular di laman sosial baru baru ini telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail  selepas lebih dari 2 minggu. Ibu kepada pelajar tersebut menyatakan bahawa mereka telah bawa anaknya itu berubat secara trasional terlebih dahulu sebelum ke hospital.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan negeri, Datuk Haji Ayub Bin Rahmat berkata, keadaan pesakit kini amat kritikal dan pihak hospital sedang membuat siasatan lanjut samada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat  yang dikatakan dipukul itu sahaja.

 

“Pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang hingga merosakkan fungsi buah pinggang pelajar tersebut.

 

“Masalah pembekuan  darah bukan sahaja di kaki, tempat yang di katakan di pukul,tetapi juga tangan. Dimaklumkan juga kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan. Laporan polis juga telah dibuat,” kata beliau di dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Menurut beliau pihak hospital dan pihak terlibat sedang menyiasat dan pihak hospital akan sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit.

 

(Visited 71 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.