Harimau Malaya Sudah Temui Jurulatih Baharu – @FAM_Malaysia

Harimau Malaya  Sudah Temui Jurulatih Baharu – @FAM_Malaysia

JOHOR BAHRU 22 APRIL – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah menemukan individu yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan individu tersebut. Saya hendak tengok sama ada dia merupakan individu yang paling sesuai untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan.

“Buat masa ini, saya masih dalam perbincangan mengenai perkara itu, jadi saya tak nak dedahkan mengenainya lagi.

“Mungkin saya rasa nak ambil Khalid Ali sebagai jurulatih pasukan kebangsaan, mungkin nak ambil Raja Ahmad sebagai pengurus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perbincangan bersama semua ahli gabungan, semalam.

Sebelum ini, beberapa nama dikaitkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Ong Kim Swee antaranya ialah Bojan Hodak, jurulatih skuad bawah 23 tahun Australia, Josep Gombau serta bekas Pengarah Teknikal FAM, Robert Alberts.

(Visited 48 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66