Transformasi Parit Raja Sebagai Bandar Universiti Sangat Munasabah – @AKAPRAWI

Transformasi Parit Raja Sebagai Bandar Universiti Sangat Munasabah – @AKAPRAWI

JOHOR BAHRU, 21 APRIL – Cadangan  Menteri Besar Johor, Dato’ Khaled Nordin mengenai cadangan agar pekan Parit Raja ditransformasikan sebagai bandar universiti di terima oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata sememangnya cadangan itu adalah perancangannya sejak mula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sri Gading bermula tahun 2013 yang lalu.

“Saya melihat potensi pekan Parit Raja untuk dibangunkan sebagai sebuah bandar universiti adalah amat munasabah memandangkan pekan ini menempatkan salah sebuah universiti terkemuka di tanah air iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang mana saya juga telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Mentor kepada universiti ini.

“Parlimen Sri Gading menempatkan banyak lagi institusi pengajian seperti Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading dan Kolej Kejururawatan Batu Pahat yang meningkatkan lagi potensi untuk pekan Parit Raja dijadikan sebagai bandar university,” katanya dalam satu kenyataan media.

Integrasi antara pekan dan universiti merupakan satu projek pembangunan yang memerlukan perancangan yang rapi dengan pelbagai pihak terutamanya pihak Majlis Daerah, pihak UTHM, dan penduduk setempat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan percaya UTHM mempunyai kepakaran dan pendedahan serta boleh menyediakan khidmat nasihat, memberi maklum balas dan bantuan  berhubung perkara ini.

“Justeru, saya akan berbincang dengan pihak UTHM, pihak Pejabat Daerah Batu Pahat dan pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat bagi memulakan pelan perancangan dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan antara model bandar universiti yang akan boleh dijadikan sampel adalah seperti Oxford di UK, Heidelberg di Jerman, Montpellier di Perancis dan Salamanca di Sepanyol, ini juga merupakan salah satu usaha untuk menaiktaraf status pekan Parit Raja sebagai destinasi perlancongan pendidikan ataupun ‘Edu-Tourism’.

Proses perancangan bandar untuk menjadikan pekan Parit Raja sebagai bandar universiti merupakan satu usaha yang berpanjangan dan bukanlah kejayaan yang boleh ditempa semalaman.

Beliau juga menyeru agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang berterusan dalam memastikan impian dan harapan agar pekan Parit Raja ini menjadi sebuah bandar universiti menjadi realiti.

(Visited 112 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66