Presiden FAM Serah Senarai Nama Kepada SPRM – @FAM_Malaysia @SPRMMalaysia

Presiden FAM Serah Senarai Nama Kepada SPRM – @FAM_Malaysia @SPRMMalaysia

KUALA LUMPUR, 21 APRIL – SPRM, semalam menerima senarai nama dan butiran peribadi individu pelbagai peringkat yang perlu dipantau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Senarai berkenaan diserahkan oleh Presiden FAM sendiri, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam pertemuan dengan pihak SPRM diketuai Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.

SPRM dalam satu kenyataan, hari ini berkata, pemantauan rapi akan dilaksanakan terhadap semua individu yang disenaraikan, mencakupi pemain bola sepak, pengadil perlawanan, pegawai dan kakitangan FAM.

“Dalam kunjungan SPRM semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar SPRM membantu memastikan arena sukan bola sepak negara bersih dan bebas daripada sebarang pengaruh rasuah serta salah guna kuasa.

“SPRM menjunjung kasih titah baginda dan akan memberikan sokongan serta komitmen penuh untuk memastikan sukan bola sepak membabitkan pemain, pengadil perlawanan dan pegawai sukan tidak terpalit dengan anasir jenayah rasuah serta salah guna kuasa,” katanya.

Selain Dzulkifli, rombongan SPRM turut disertai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki; dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias. Hadir sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

SPRM menyatakan sanjungan tinggi terhadap sokongan penuh dan komitmen berterusan Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM dalam memerangi serta menghapuskan rasuah di negara ini, khususnya arena sukan bola sepak tanah air.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest