Pecah Masuk Rumah 3 Lelaki Ditahan

Pecah Masuk Rumah 3 Lelaki Ditahan

JOHOR BAHRU, 21 APRIL – Tiga penjenayah ditahan polis selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Damansara Aliff , 12.30 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian itu Pasukan Polis Peronda (MPV) menemui empat lelaki dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah rumah sebelum berjaya menahan seorang daripada mereka, manakala yang lain melarikan diri.

Pihak polis berjaya menahan dua lagi lelaki masing-masing seorang di Larkin dan Kempas dalam dua serbuan berbeza beberapa jam kemudian.

“Selain itu, ketiga-tiga lelaki berusia 32, 27 dan 30 tahun itu mendakwa baru melakukan jenayah pecah rumah.

“Mereka ditahan reman hingga 22 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Katanya, seorang lagi suspek sedang diburu.

Siasatan mendapati dua daripada tiga suspek mempunyai rekod dadah manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah pecah rumah.

(Visited 28 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com