Graduan Harus Diberi Keutamaan

Graduan Harus Diberi Keutamaan

MELAKA, 21 APRIL – Kebergantungan kepada kira-kira 180,000 pegawai dagang (ekspatriat) di negara ini boleh dikurangkan sekiranya lepasan universiti tempatan diberi pendedahan sepenuhnya dalam bidang profesional.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, berkata langkah itu boleh dioptimumkan menerusi kerjasama dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk mengambil graduan tempatan mengisi kekosongan jawatan ditawarkan pihak industri.

“Melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), GLC dan GLIC diwajibkan untuk mengambil lepasan universiti sebagai pelatih, sebelum calon berkelayakan boleh diserapkan sebagai pekerja tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Kebangsaan 2017 di Hotel Holiday Inn,Melaka, semalam.

Yang turut hadir, timbalannya, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan EXCO Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri, Datuk M S Mahadevan.

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com