Tuanku Zarith Sofiah Bertitah Umat Islam Hormat Agama Lain

Tuanku Zarith Sofiah Bertitah Umat Islam Hormat Agama Lain

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Tuanku Zarith Sofiah bertitah agar umat Islam di negara ini menunjukkan rasa hormat yang sama kepada yang tidak seagama dengan mereka.

Raja Zarith berkata umat Islam di Malaysia ‘amat bertuah’ kerana mereka tidak merasai bagaimana menjadi sebahagian daripada kumpulan minoriti.

“Mereka yang pernah belajar atau tinggal di luar negara pastinya merasai  menjadi kumpulan kecil apabila duduk di negara asing, dan di sana kita harus belajar untuk menyesuaikan diri.

“Pada masa yang sama, kita dapat melihat kebaikan dan penerimaan mereka yang beragama Kristian, Yahudi, atau agama lain , apabila kita berada di dalam negara mereka.

“Saya masih ingat ketika melihat gambar Zaharah Othman, seorang wartawan NST di London, sewaktu beliau memakai tudung di gereja.

“Dia juga memberitahu saya bagaimana dia ditawarkan untuk beribadat di gereja itu,” menurut baginda menerusi satu kenyataan di Facebook baginda sendiri.

(Visited 13 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest