SPRM Siapkan Kertas Cadangan Penambaikan Perumahan Johor

SPRM Siapkan Kertas Cadangan Penambaikan Perumahan Johor

 

JOHOR BAHRU, 20 APRIL –  SPRM dalam peringkat akhir menyiapkan kertas cadangan penambahbaikan sistem serta prosedur berkaitan perumahan Bumiputera di Johor.

 

SPRM mengenal pasti beberapa kelemahan yang wujud dalam sistem perumahan Bumiputera di negeri ini, sehingga menjurus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata kertas cadangan itu dijangka siap dalam tempoh masa terdekat dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

 

“Jadi dengan itu, Bahagian Perundingan dan Pencegahan SPRM akan mengemukakan beberapa cadangan bagi menambahbaik prosedur (perumahan Johor) sedia ada,” beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

 

Cadangan yang diberikan SPRM adalah mandatori maka kerajaan negeri perlu mengikutinya bagi memastikan isu rasuah serta salah guna kuasa tidak berlaku lagi.

 

 

Dzulkifli berkata, SPRM juga akan turut mengemukakan cadangan berkenaan kepada negeri lain bagi mengelakkan berlakunya isu rasuah dan salah guna kuasa.

 

“Ini kerana sistem perumahan Bumiputera turut wujud di negeri lain maka dengan cadangan ini isu rasuah dan salah guna kuasa dapat dibendung, ” katanya.

 

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama sembilan EXCO Kerajaan Negeri Johor. Majlis berlangsung di Pejabat Menteri Besar Johor di Iskandar Puteri di sini dan yang turut hadir ialah Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias.

(Visited 24 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66