Perlu Kerjasama Tangani Tapak Pelupusan Sampah Haram

Perlu Kerjasama Tangani Tapak Pelupusan Sampah Haram

 

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pelupusan sampah haram di sekitar Teluk Jawa, Masai.

Masalah tapak pelupusan sampah haram ini menjejaskan kualiti hidup penduduk di sekitar kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, keadaan di kawasan Teluk Jawa amat menyedihkan dan masalah ini akan terus berlaku jika tiada sikap tanggungjawab dari orang ramai.

Perkara ini memerlukan komitmen dan kerjasama dari pelbagai pihak agar permasalahan ini dapat diselesaikan.

“JAS akan membawa kes ini ke mahkamah utk pendakwaan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM500,000 dan 5 tahun penjara,” beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.

 

(Visited 14 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This