Ad banner

Pelaburan Mampu Jana Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat

Pelaburan Mampu Jana Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat

 

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Johor berada dalam satu keadaan dimana ada banyak peluang yang perlu kita rebut untuk pastikan Johor betul-betul berjaya.

 

Menteri Besar Johor berkata ini adalah zaman Johor, jika kita tidak punyai perancangan yang tepat, kita akan terlepas peluang itu.

 

Semasa beliau di China mengadakan beberapa perjumpaan perdagangan, beliau menyedari ramai pelabur yang ingin melabur di Johor.

 

“Sebagaimana kita ambil peluang itu, pentingnya pelaburan kerana ia kan membantu kita melahirkan peluang pekerjaan.

 

“Rakyat mahupun pekerjaan jika kerajaan tidak mampu memberi peluang itu, rakyat akan bermasalah. Jadi sebab itu, bagaimana hendak wujudkan pekerjaan ialah melalui pelaburan,” beliau berkata semasa sidang media sempena lawatan kerja rasminya di Parlimen Batu Pahat, semalam.

 

Beliau juga berkata sebarang jenis pelaburan yang meningkatkan keboleh saingan Johor dan setiap kejayaan Johor itu akan menyumbang kepada kejayaan negara.

 

“Apabila orang melihat Malaysia, mereka akan melihat Malaysia dari gerbang selatan kerana mereka tahu cara pembangunannya dan sebab itu, matlamat akhir Johor ialah Johor menjadi pusat untuk ASEAN,” tambah beliau lagi.

(Visited 3 times, 1 visits today)

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This