Latif Bandi Selesai Bayar Jaminan RM2 Juta

Latif Bandi Selesai Bayar Jaminan RM2 Juta

 

JOHOR BAHRU,  20 APRIL – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abd Latif Bandi, sudah membayar wang jaminan RM2 juta yang ditetapkan Mahkamah Sesyen hari ini dan kini beliau dibebaskan.

 

ADUN Endau itu membayar wang jaminan berkenaan kira-kira jam 2 petang tadi di Kompleks Mahkamah Johor Bahru. Peguam Abd Latif, Ibrahim Haikal, berkata anak guamnya itu ditahan di Pusat Tahanan Ulu Choh semalam, selepas gagal membayar wang jaminan itu semalam.

 

Abd Latif Bandi bersama seorang perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub masing-masing mengaku tidak bersalah semalam terhadap 33 pertuduhan membabitkan rasuah berjumlah lebih RM30.3 juta.

 

Abd Latif didakwa mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 24 yang peruntukan hukuman tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaraya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud dan Amir Nasruddin.  Abd Latif diwakili oleh barisan lapan peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Z Stork.

 

Amir Shariffuddin telah pun membayar wang jaminan berkenaan semalam.

 

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

(Visited 99 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com