Kemenangan Buat Kali ke 2 Muhamad Farkhan

Kemenangan Buat Kali ke 2 Muhamad Farkhan

 

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Peninju profesional, Muhamad Farkhan Mohd Haron sekali lagi menjulang nama negeri Johor apabila menerima anugerah “WBC Asia Exemplary Boxer Of The Year 2016” yang akan disampaikan oleh WBC Asian Boxing Council.

 

Pengiktirafan tertinggi buat sukan tinju tanah air ini adalah atas kejayaan beliau selaku rakyat Johor dan juga Malaysia yang pertama memenangi tali pinggang WBC Asia Light-Heavyweight Champion dan WBC Asia Silver Cruiserweight Champion.

 

Muhamad Farkhan turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ)  yang sentiasa menyokong, membantu dan memberi dorongan dalam karier yang diceburinya.

 

Menurutnya, beliau tidak akan berjaya tanpa bantuan dan kepercayaan yang diberikan malah berjanji untuk terus membawa panji negeri Johor berkibar ke peringkat lebih tinggi.

 

Dua tali pinggang yang dimenanginya dianggap sebagai permulaan dalam perjuangan beliau.

 

Luaskan Kuasamu Johor.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66