FAM Bincang Langkah Naik Taraf Urusan Imigresen

FAM Bincang Langkah Naik Taraf Urusan Imigresen

KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Sesi perjumpaan antara Jabatan Imigresen dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menjadi platform terbaik untuk mencadangkan langkah naik taraf proses urusan imigresen membabitkan persatuan bola sepak di bawah naungan FAM.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata perjumpaan itu yang diwakili beliau dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turut membincangkan status cadangan penambahbaikan tatacara permohonan Pas Pegawai Dagang dan Pas Lawatan Iktisas (PLIK).

FAM juga bersetuju untuk mengadakan satu lagi perjumpaan bagi membincangkan mengenai pengambilan Pegawai Dagang.

“Semasa sesi perjumpaan itu, segala maklumat terkini berkaitan permohonan FAM akan diperkukuhkan bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai prosedur sedia ada.

“Selain itu, turut dibincangkan ialah isu berbangkit yang diajukan FAM, termasuk surat sokongan agensi FAM akan dimuktamadkan dengan segera bagi memudahkan setiap permohonan dan semua permohonan itu akan dibuat di peringkat ibu pejabat imigresen sahaja bagi pemantauan dan penyelarasan, sekali gus memastikan ia berjalan lancar dan cepat, selain dilakukan atas talian,” katanya dalam satu kenyataan.

(Visited 15 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest