Dua Kapal Ditahan Ketika Berlabuh

Dua Kapal Ditahan Ketika Berlabuh

 

KOTA TINGGI , 20 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili telah menahan dua buah kapal dagang di kedudukan lebih kurang 3 batu nautika dari Selatan Tanjung Penyusop (Teluk Ramunia) semasa melakukan operasi OPS Perkasa Selatan diperairan Johor semalam.

 

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, pihaknya menahan dua kapal tersebut iaitu Kapal MT ORCA dan kapal MT BRAMA OCEAN ketika kapal tersebut sedang berhimpit antara satu sama lain.

 

Dalam kejadian 7.30 petang itu, kapal berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh bot APMM yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan.

 

“Kedua-dua kapal tersebut telah diperiksa dan mendapati Kapal MT ORCA yang berdaftar di Fiji itu gagal mengemukakan Insuran kapal semasa diperiksa dan jika didapati bersalah, kapal berkenaan boleh didakwa dibawah seksyen 361(6) Akta A1393 2011 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

 

“Manakala kapal MT BRAMA OCEAN yang berdaftar di Malabo pula telah melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut dan gagal memaklumkan ketibaan diperairan Malaysia,” beliau berkata dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Pemilik kapal berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dan mengikut Seksyen 449 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan Malaysia.

 

“Kapten Kapal dan dua krew daripada kapal tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi

 

Menurutnya, ia adalah kes tangkapan kelima untuk bulan ini yang membabitkan kapal dagang.

(Visited 8 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest