Datuk Abd Latif Bandi Umum Letak Jawatan Exco

Datuk Abd Latif Bandi Umum Letak Jawatan Exco

JOHOR BAHRU, 20 APRIL – Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi hari ini meletak jawatan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor selepas mengaku tidak bersalah berkaitan kes rasuah sebelum ini.

Beliau mengumumkan keputusannya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya, turut merakamkan penghargaannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran.

Peguamnya berkata dengan bantuan keluarga dan penyokongnya, Abd Latif hari ini berjaya mengumpulkan wang RM2 juta untuk membayar ikat jamin dan dibebaskan.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan bersubahat dengan Amir Shariffuddin untuk menerima rasuah tersebut sementara perunding hartanah itu membuat pengakuan sama terhadap 33 pertuduhan menerima rasuah.

(Visited 111 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com