Cadangan Guna Peranti Ke Sekolah Masih Dalam Kajian

Cadangan Guna Peranti Ke Sekolah Masih Dalam Kajian

KUALA LUMPUR, 18 APRIL – Kementerian Pendidikan bercadang untuk membenarkan pelajar sekolah menggunakan laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata penggunaan itu untuk tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan oleh kementerian.

Beliau berkata, bagaimanapun cadangan itu belum diputuskan kerana kementerian melihat perlunya kajian terperinci sebelum pelaksanaan itu dan kementerian akan umumkan hasil keputusannya dalam tempoh dua bulan.

“Sebagai contoh, penggunaan alat peranti di negara maju seperti Jepun dan Korea, ada had penggunaan alat peranti di dalam kelas,” beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan 70 siri buku sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Memorandum Perjanjian (MoU) kerjasama penerbitan antara ITBM-Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM).

Turut hadir, Pengerusi ITBM, Budiman Mohd Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadirun.

(Visited 34 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com