Bazaar Ramadhan Bakal Pukau Pengunjung

Bazaar Ramadhan Bakal Pukau Pengunjung

 

JOHOR BAHRU, 18 APRIL – Acara Bazaar Ramadhan akan diadakan pada 25 Mei hingga 26 Jun ini di Berjaya Waterfront, Stulang Laut bakal menghimpunkan vendor makanan dan pakaian dalam satu bumbung dan bakal memukau pengunjung yang hadir.

 

Antara jenama terkenal yang bakal menyertai Bazaar Ramadhan adalah Kioda, SASA dan banyak lagi. Mereka juga bakal mengadakan jualan penghabisan stok.

Pelbagai jenis makanan yang berbeza dijual disana dan pastinya penjual tidak akan menghadapi persaingan seperti kebanyakan bazar kerana setiap gerai mempunyai makanan yang berlainan.

 

Selain makanan dan pakaian, persembahan ‘live band’ juga bakal menghiburkan  anda di Bazaar Ramadhan ini, terdapat juga pertunjukan fesyen pada hujung minggu di eskalator dan ianya merupakan yang pertama di Johor.

 

Tidak ketinggalan juga cabutan bertuah ‘Paket Hijau’ bakal menarik perhatian pelanggan, hadiah berbentuk  wang tunai, baucar dan juga penginapan hotel menanti pemenang.

 

Acara tersebut akan dibuka seawal jam 3 petang sehingga 7 malam dan bagi peniaga vendor yang berminat untuk menyertai Bazaar Ramadhan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi June di talian 012-782 3535.

 

Mereka juga menawarkan  potongan sebanyak 10%  bagi promosi ‘early bird’ bagi tempahan pada 20 April ini.

(Visited 106 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66