TULAR MENGENAI PENAMAAN TIDAK BENAR – KWSP

TULAR MENGENAI PENAMAAN TIDAK BENAR – KWSP

KWSP ingin memaklumkan bahawa tular mengenai penamaan adalah palsu. Penularan ini adalah sama seperti sebaran mengenai pembahagian simpanan ahli KWSP kepada Amanah Raya Berhad yang juga palsu sebelum ini. KWSP juga memaklumkan bahawa hak anak ahli ke atas Simpanan KWSP ahli yang beragama Islam masih terpelihara apabila berlaku kematian ahli, samada dinamakan sebagai penama atau sebaliknya.

Apabila berlaku kematian Ahli Beragama Islam, penama hanyalah sebagai Wasi atau Pentadbir, iaitu bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli KWSP yang berstatus harta pusaka, mengikut Faraid.

Mengikut undang-undang, penamaan tidak akan berkuatkuasa sekiranya pada ketika kematian ahli, penama masih belum mencapai umur 18 tahun kerana mereka tidak layak bertindak sebagai Wasi. Namun, ini tidak bermakna anak ahli di bawah umur 18 tahun yang didaftarkan sebagai penama, tidak akan mendapat haknya ke atas simpanan ahli.

Pembayaran simpanan ahli yang meninggal dunia akan diproses seperti tiada Penamaan, iaitu berdasarkan pembahagian mengikut Sijil Faraid ATAU Perintah Pembahagian ATAU Surat Kuasa Mentadbir yang mana dikemukakan dahulu kepada KWSP.

Bagi Ahli Bukan Beragama Islam, penama adalah benefisiari/ penerima mutlak tidak kira umur.

Pada masa ini, isu pembahagian simpanan ahli yang meninggal dunia yang melibatkan penama/ waris di bawah umur 18 tahun kepada Amanah Raya Berhad secara automatik adalah tidak benar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03 8922 6000.

Dikeluarkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 17 April 2017

(Visited 16 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66