Transformasi Perpustakaan Awam

JOHOR BAHRU, 17 APRIL – Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor hari ini telah meluluskan cadangan awal transformasi perpustakaan di Johor bagi memperkemaskan lagi perkhidmatannya.

Mesyuarat Lembaga Pengarah itu telah di Pengerusikan oleh Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor dan  telah mengambil beberapa keputusan.

Antara cadangannya adalah supaya  bangunan-bangunan perpustakaan dan perkhidmatan diperkemaskan supaya dapat memenuhi  tugas utama perpustakaan sebagai pusat komuniti pembelajaran sepanjang hayat.

“Pinjaman buku pada tahun 2016 adalah sebanyak 617,622 bahan disebabkan polisi perpustakaan yang membenarkan pinjaman  buku sebanyak 15 buah naskah buku bagi seorang pengguna.

“Hal ini menjadikan Perpustakaan Awam Johor sebagai perpustakaan tertinggi menawarkan pinjaman buku berbanding perpustakaan awam yang lain. Keahlian perpustakaan adalah PERCUMA semenjak tahun 2004,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Bagi bulan April ini, Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit akan di adakan secara serentak di seluruh Malaysia pada 25 April 2017 jam 11.00 pagi. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia bersama dengan semua perpustakaan awam negeri . Pada 25 April 2017 juga, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor akan mengadakan di Peringkat Negeri bertempat di Sekolah Kebangsaan Nong Chik, Johor Bahru, Johor. Di anggarkan 600,000 pelajar-pelajar sekolah di seluruh negeri Johor akan bersama-sama dalam program ini. Justeru itu, semua orang awam, agensi, jabatan dan persendirian di jemput sama-sama untuk menyokong program ini.

Turut hadir bersama pada mesyuarat itu adalah Ahli Lembaga Pengarah iaitu Datuk M.Asojan a/l Muniayandy, YB Datuk Hj Adam Sumiru, YB Hjh Norshida Ibrahim, YB Teoh Yap Kun, Puan Ungku Hjh Noorakmal binti Ungku Sulaiman (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor), Haji Mohd Shahrin bin Dato’ Hj Rahmat dan wakil dari Datuk Bandar MBJB, wakil Kemas dan wakil Jabatan Pendidikan Johor.

Beliau berharap semua pihak akan bersama-sama menyokong usaha Perpustakaan Awam Johor demi menjadikan minat membaca sebagai rutin harian.

(Visited 13 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This