Pemburuan Kemenangan Mesti Berterusan

Pemburuan Kemenangan Mesti Berterusan

 

JOHOR BAHRU, 17 APRIL – Sebaik selesai perlawanan Liga Super, skuad Johor Darul Ta’zim terus bergegas untuk ke saingan peringkat kumpulan Piala AFC yang dijadualkan bertemu Beoungket Angkor FC di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh hari Rabu ini.

 

Kali ini merupakan misi wajib menang bagi skuad Harimau Selatan untuk mendapatkan semaksimum mata yang boleh bagi memintas pendahulu peringkat kumpulan iaitu Global FC.

 

Pastinya ia satu cabaran hebat yang perlu diharungi JDT namun setiap strategi dan persiapan sudah dirancang dengan teliti oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan.

 

Perlawanan-perlawanan seterusnya yang akan berlangsung ditempat lawan juga menuntut pemain untuk lebih fokus terhadap perlawanan dan menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

 

Luaskan Kuasamu Johor.

(Visited 35 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66