Miliki Bahan Berkaitan Daesh, Lelaki Mengaku Bersalah

Miliki Bahan Berkaitan Daesh, Lelaki Mengaku Bersalah

KOTA TINGGI, 17 APRIL – Seorang lelaki pekerja am pusat peranginan mengaku bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, hari ini atas tuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, pada bulan lepas.

Mohd Firdaus Saibi, 24 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, Mohd Firdaus didakwa memiliki 29 keping gambar dan 240 video di dalam telefon bimbitnya yang berkaitan dengan Daesh atau unsur perbuatan keganasan.

Dia didapati melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana bahan terbabit, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin memohon penangguhan kes itu bagi mendapatkan laporan pakar dan izin untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mazana kemudian menetapkan tarikh 21 Mei depan bagi sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh melantik peguam.

(Visited 32 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66