MB Johor Buat Lawatan Ke Parlimen Sri Gading

Mb Johor Buat Lawatan Ke Parlimen Sri Gading

 

JOHOR BAHRU, 17 April – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Parlimen Sri Gading hari ini.

 

Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 20 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak, Pagoh, Sembrong dan Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam, Bakri dan Pontian.

 

Dalam lawatan sehari itu beliau dijadual mengadakan Walkabout Pasar Pagi di Kompleks Niaga, Parit Raja.

 

Mohamed Khaled turut dijadual mengadakan lawatan ke surau Sekolah Menengah Agama Parit Raja dan meninjau jalan-jalan kampung iaitu jalan masuk Parit Jelutong ke Jalan Parit Karjo.

 

Selain itu, beliau juga akan menghadiri taklimat mengenai cadangan pembinaan sebuah masjid baharu dan cadangan tapak Ole-ole Batu Pahat.

 

Mohamed Khaled juga bakal menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Sampul Surat di Jalan Kluang dan penyerahan hak milik tanah di Masjid Jamek Felcra Sri Wangi.

 

Lawatan hari ini merupakan lawatan Parlimen ke-21, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.

 

Ia turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 

Lawatan tersebut merupakan antara usaha Kerajaan Negeri untuk meninjau perkembangan semasa pembangunan di setiap kawasan agar segala dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Sampul Surat di Jalan Kluang.
MB di cadangan tapak Ole-ole Batu Pahat.
Lawatan ke projek naik taraf pelebaran jalan sekunder Mukim Sri Gading dan Parit Haji Salleh di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Buloh.
MB di Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Felcra Sri Wangi.

 

(Visited 39 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest