Empat Lelaki Di Tahan Ceroboh Taman Laut

Empat Lelaki Di Tahan Ceroboh Taman Laut

MERSING, 17 APRIL – Sebuah bot pukat tunda Kelas B ditahan ketika menangkap ikan di perairan Pulau Taman Laut Mensirip, semalam.

Pengarah Jabatan Taman Laut Negeri Johor, Mohd Nizam Ismail berkata empat lelaki ditahan di dalam bot tersebut dan menemui 100 kilogram ikan pelbagai jenis di dalam bot terbabit.

“Empat individu ditahan melibatkan tiga warganegara Malaysia manakala seorang lagi warganegara Myanmar dan kita sudah serahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing,” katanya kepada pemberita.

Bot milik warga tempatan itu telah dibawa ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau sementara siasatan lanjut dijalankan.

“Menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan Seksyen 43 (1) (a) bagi mana-mana orang yang berada dalam taman laut atau rizab laut di perairan Malaysia menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut,” tambahnya.

Kawasan perairan taman laut dan rizab laut jaraknya dua batu nautika dari tikas air surut terendah bagi satu pulau yang digazetkan sebagai Pulau Taman Laut di bawah Akta Perikanan 1985.

Individu yang didapati bersalah di bawah Akta Perikanan Seksyen 43 (1) (a) boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun dan kompaun tidak melebihi RM20,000 serta lesen botnya boleh digantung selama enam bulan atau lebih.

(Visited 20 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest