Ditahan Buat Kenyataan Jelik Terhadap Sultan

Ditahan Buat Kenyataan Jelik Terhadap Sultan

 

JOHOR BAHRU, 17 APRIL  –  Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan oleh pihak polis secara berasingan di sini, kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan institusi Diraja Johor serta membuat akaun Facebook palsu dengan menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, petang semalam.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai eksekutif operasi sebuah syarikat, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.

 

Sementara, suspek wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dan dipercayai membuat akaun palsu, ditahan di lokasi sama.

 

“Pada 19 Januari dan 25 Mac lalu, Polis Johor menerima dua laporan masing-masing mengenai kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan institusi Diraja Johor serta satu akaun Facebook palsu yang digunakan untuk menyamar sebagai kerabat Diraja Johor.

 

“Sehubungan itu, dua kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut serta mengesan individu-individu yang dipercayai membuat kenyataan jelik dan Facebook palsu berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

 

Wan Ahmad Najmuddin berkata bagi kes membuat kenyataan jelik,  suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala, bagi kes menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

(Visited 2 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This