SERLAHKAN KEHEBATAN 7.0 BERJAYA PECAH REKOD KALI KE-8

PASIR GUDANG, 16 APRIL – Karnival Serlahkan Kehebatan 7.0 (SK) berjaya memecahkan Malaysian Book of Record (MBOR) kali kelapan menerusi Perjumpaan Motosikal Modenas Terbesar di Johor Circuit, semalam.

Penasihat programnya, Abdullah Mohd Yusof berkata, sebanyak 1,662 motosikal berjaya dikumpul dalam karnival itu, sekali gus melepasi sasaran 1,500 motosikal yang ditetapkan.

“Saya amat berbesar hati di atas kejayaan ini dan kita harap satu lagi rekod MBOR berjaya dipecahkan menerusi Perjumpaan Kereta Perodua Terbesar yang akan dilakukan esok (hari ini).

“Ini merupakan antara usaha kita untuk mengumpul anak-anak muda di seluruh negara menerusi aktiviti yang mereka gemari dan meningkatkan semangat mereka untuk terus maju dalam bidang yang diminati,” beliau berkata pada Majlis Perasmian Karnival SK 7.0, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim dan Wakil MBR, Lee Pooi Leng.

Abdullah berkata, karnival yang diselia oleh Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) bersama Kelab Sukan Permotoran Generasi Baru itu juga berjaya mengumpul lebih 700 kelab motosikal dan kereta bagi menjayakan program tahunan itu.

“Saya percaya anak-anak muda ini dapat melakukan yang terbaik dalam penganjuran apa jua aktiviti seumpama ini sekiranya diberikan peluang dan kepercayaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut berbesar hati dengan kehadiran pengunjung melebihi 50,000 dalam karnival yang dianjurkan kali ini bermula Jumaat lalu.

Sebanyak 20,000 sijil disediakan untuk bilangan motosikal yang membuat pendaftaran tetapi tidak cukup dan sebilangannya terpaksa diposkan kemudian, ini membuktikan penganjuran karnival ini semakin mendapat sambutan setiap kali ia diadakan.

(Visited 19 times, 1 visits today)

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X

Pin It on Pinterest

X
Share This