Serbuan Ke Atas Premis Nombor Ekor Tanpa Lesen

Serbuan Ke Atas Premis Nombor Ekor Tanpa Lesen

JOHOR BAHRU, 16 APRIL – Pihak polis telah membuat serbuan terhadap 26 premis yang menjalankan aktiviti nombor ekor tidak berlesen dan berjaya menahan 26 orang menerusi Op Judi Loteri Awam Tanpa Lesen di sekitar Johor, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata 24 lelaki tempatan berusia 17 hingga 48 tahun ditahan dalam operasi membabitkan empat daerah.

“Turut ditahan lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun dan wanita tempatan berumur 25 tahun.
“Operasi dilaksanakan di Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Kami merampas 26 mesin cetak, 26 telefon dan RM2,196 tunai dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

(Visited 38 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66