Kerjasama #JDT Dan EX MOBILE Hasilkan OLA – JDT FC

JOHOR BAHRU, 16 APRIL – Johor Southern Tiger telah melancarkan telefon pintar pertama OLA, JDT FC’s dengan kerjasama Ex Mobile hari ini. Telefon pintar tersebut memudahkan peminat untuk mendekati kelab bolasepak itu dengan lebih dekat.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan keunikan reka bentuk dan ciri-ciri inovatif yang mampu mendekatkan peminat bolasepak dengan JDT FC dengan akses terus ke laman rasmi Southern Tiger’s.

Mempunyai 2 edisi warna, Black Matte Special Edition dan White Rose Gold Special Edition dan ciri-ciri spesifikasi seperti skrin bersaiz 5 inci HD penuh, , memori 16GB, ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, 2GB RAM, kamera belakang 8.0-megapixel, dan kamera hadapan 5.0-megapixel dan pengesan cap jari.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM599, boleh didapati di kedai telefon Ex Mobile terpilih di seluruh Malaysia bermula hari ini dan di jual di Stadium Larkin pada hari yang sama.

Telefon edisi istimewa ini akan mula dijual secara atas talian di Johor Southern Tiger’s pada 23 April ni di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand serta negara- negara lain pada minggu yang akan datang.

http://www.facebook.com/johortimes.my

(Visited 130 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66