Kemalangan Maut – Jalan Kota Tinggi-Kluang

Homepage

KOTA TINGGI 18 Jan.- Seorang remaja maut apabila motosikal dinaikinya bertembung sebuah kereta di Batu 2, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Taman Kota di sini, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman yang mengesahkan kejadian berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fadhli Jamal, 19, yang berseorangan menunggang motorsikal jenis Modenas dari arah Kluang telah masuk ke laluan bertentangan semasa memotong sebuah lori sebelum bertembung dengan motokar yang datang dari arah Kota Tinggi.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu kereta, Md Masngut Sardi, 65, dari Felda Tenggaroh 2, Mersing, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Makam dekat sini, malam ini.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga mangsa gagal.

JOHORTIMES – Official Online Media Broadcaster for JDTV.MY

(Visited 130 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66