JDT Sah Buru Fernando Torres Untuk Musim 2016

In this video

PBNJ Intai Fernando Torres untuk 2016

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda
telah memulakan rundingan awalan bagi mendapatkan khidmat penyerang
Sepanyol,Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk
musim 2016.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)
bertitahtelah pun bertemu dengan agen bekas penyerang kelab Liga Perdana
Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama
dua tahun.

“We have begun pursuing Torres yang akan menjadi ‘marquee signing”
untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT,
Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016,” katanya pada majlis
taklimat dengan media dan penyokong-penyokong JDT di Stadium Larkin hari ini.

Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan
Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang-penyerang
antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal,
titahnya.

Menurut Tunku Ismail, antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah
penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini
bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina,
Javier Saviola.

Homepage

JOHORTIMES – Official Online Media Broadcaster for JDTV.MY

(Visited 187 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66