Istimewa untuk PERKEP-Konsert amal PDRM

In this video

Istimewa untuk PERKEP-Konsert amal PDRM

Johor Bahru,15 Jun 2014 — Cetusan ilham Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim ( Tunku Laksamana Johor ) bakal menjadi detik bersejarah pada malam ini dengan berlangsungnya Konsert Amal PDRM yang bertempat di Persada Johor.

Konsert ini dianjurkan bagi menjana dana daripada seluruh masyarakat terutamanya buat penyokong Yam Tunku Abdul Jalil melalui penjualan tiket dan jualan–jualan barangan lain untuk disumbangkan bagi menampung perbelanjaan aktiviti — aktiviti berbentuk kebajikan oleh PERKEP (Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Johor).

YAM Tunku Abdul Jalil sentiasa dilihat sebagai seorang yang berjiwa rakyat.Walaupun tidak lagi bersama PDRM, beliau sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan kebajikan warga polis dan keluarga mereka.Pengalaman bertugas dalam pasukan PDRM telah banyak memberi pendedahan kepada YAM Tunku Abdul Jalil tentang bantuan kebajikan yang harus disediakan buat anggota dan keluarga PERKEP.

Konsert Amal PDRM mendapat sambutan baik dari penaja, rakan niaga dan juga artis — artis yang terlibat, dengan niat yang sama untuk membantu anggota — anggota tersebut, Konsert pada malam ini berjaya menarik minat ramai untuk hadir serta menderma bagi memberi sumbangan dana.

“Saya amat terkilan kerana tidak dapat hadir pada konsert tersebut kerana masih gering.Namun, saya berterima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong usaha murni ini. Alhamdulillah sehingga kini, kami telah berjaya meraih dana yang mencukupi bagi membantu ahli — ahli PERKEP yang memerlukan,” kata YAM Tunku Abdul jalil yang disampaikan melalui wakil penganjur.

Hasil kutipan sumbangan daripada konsert ini bakal ditujukan buat :

1 . Mereka yang dimasukkan ke hospital.
2 . Sumbangan subsidi membayar bil–bil perubatan.
3 . Sumbangan subsidi untuk membeli alat bantuan kurang upaya seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat warga polis yang ditimpa kemalangan.
4 . Sumbangan kepada balu-balu polis serta anak-anak mereka.
5 . Sumbangan kepada keluarga polis yang mempunyai pasangan atau anak — anak istimewa.
6 . Sumbangan kepada keluarga polis yang meninggal dalam tugas.
7 . Sumbangan kepada bekas — bekas polis yang daif dan tiada tempat perlindungan.
8 . Sumbangan kepada keluarga polis yang menjadi mangsa bencana alam

Hadir untuk member sokongan adalah tetamu kehormat DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah serta Ketua Polis Johor YDH Dato’ Mohd Mokhtar Bin Hj Shariff serta pagawai-pegawai tinggi kerajaan Johor.

Konsert amal yang julung kalinya dianjurkan oleh YAM Tunku Abdul Jalil mempamerkan persembahan istimewa dari artis — artis terkemuka tanah air seperti Anuar Zain, Ziana Zain, Amy Search, Adira, Najwa Latiff, Nash, Nomad dan turut dihoskan oleh Azlee Senario. Barisan Artis yang turut menjayakan konsert tersebut rata — rata dilihat sebagai salah sebuah konsert yang unggul di mana ia menggabungkan nama — nama besar dalam industry hiburan tanah air.

“Saya berharap dengan barisan artis yang akan membuat persembahan pada mala mini akan menghiburkan semua yang hadir, niat saya adalah untuk mendapatkan sumbangan bagi ahli PERKEP serta turut memberi ganjaran buat mereka yang hadir untuk membantu dan menyokong.”

“Ribuan terima kasih kepada –penaja utama kami Iskandar Waterfront Holding dan Johor Corporation kerana turut membantu dengan sumbangan mereka. Tidak lupa juga kepada penaja–penaja lain yang turut sama bergabung tenaga untuk menjayakan konsert ini,” tambah beliau.

Homepage

JOHORTIMES – Official Online Media Broadcaster for JDTV.MY

(Visited 77 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.