admin

111-51
0

KLINIK SWASTA DI TAMAN DAYA DITUTUP, 2 PESAKIT SAH POSITIF COVID-19

KLINIK SWASTA DI TAMAN DAYA DITUTUP, 2 PESAKIT SAH POSITIF COVID-19 JOHOR BAHRU:Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan penutupan sebuah klinik swasta di Taman Daya, di sini, selepas dua pesakitnya didapati positif COVID-19. Pengarahnya Dr Aman Rabu berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga proses sanitasi terhadap klinik tersebut dibuat. “Betul, dah disahkan oleh […]
666
0

JOHOR AKAN TERUS BINA KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTERA DI KAWASAN BANDAR

JOHOR AKAN TERUS BINA KEDIAMAN UNTUK BUMIPUTERA DI KAWASAN BANDAR JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan terus membina kediaman dan premis perniagaan khusus bagi kaum Bumiputera di bandar bagi menjamin kelangsungan mereka di kawasan berkenaan. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, usaha itu dilakukan dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri seperti PIJ Holdings Sdn […]
111-49
0

HASIL DIJANGKA KURANG 20 PERATUS, JOHOR PERKUKUH JAMINAN BEKALAN MAKANAN

HASIL DIJANGKA KURANG 20 PERATUS, JOHOR PERKUKUH JAMINAN BEKALAN MAKANAN JOHOR BAHRU – Hasil negeri ini dijangka berkurangan sehingga 20 peratus kerana pelbagai pelepasan yang diberikan kepada beberapa sektor yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, antara pelepasan itu termasuk pemberian rebat cukai tanah. “Baru-baru ini saya telah mengumumkan pemberian […]
111-48
0

PPM WILAYAH 2 RAMPAS ARAK SELUDUP BERNILAI RM628,433

PPM WILAYAH 2 RAMPAS ARAK SELUDUP BERNILAI RM628,433 JOHOR BAHRU – Walaupun modus operandi sindiket penyeludupan minuman keras sentiasa berubah-ubah, namun Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 masih berjaya menghidu dan mematahkan kegiatan sindiket terbabit yang bergiat aktif di sekitar daerah ini. Penguatkuasaan dan operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri […]
111
0

KLUSTER BAKAWALI: 15 POSITIF

KLUSTER BAKAWALI: 15 POSITIF JOHOR BAHRU 101020 – Sebanyak 15 kes kluster Bakawali dilaporkan positif sehingga semalam sejak kewujudan kluster berkenaan dilaporkan 29 September lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata susulan itu Kluster Bakawali masih lagi dalam pemantauan dan dijangka tamat pada 28 Oktober. “Sehingga semalam, 357 kontak rapat sudah […]

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI Oleh Abu Hanifah Muhamad MERSING – Pulau-pulau di negara ini selamat dikunjungi kerana semuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghappar berkata, pengunjung tidak perlu bimbang kerana semua hotel dan resort mematuhi semua arahan keselamatan dan kesihatan. “Pihak pengurusan […]

CEMAR SG. SEMBRONG: 115 KOMPAUN DIKELUARKAN

CEMAR SG. SEMBRONG: 115 KOMPAUN DIKELUARKAN JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 115 kompaun terhadap kilang-kilang yang mencemarkan Sungai Sembrong, Kluang baru-baru ini sehingga mengakibatkan ikan mati. Pengerui Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, Ops Gempur dilakukan pada 29 dan 30 September lalu yang melibatkan 45 anggota penguat kuasa JAS […]

ADAKAH PKP DILAKSANAKAN SEMULA? JUMLAH KES COVID-19 SEMAKIN MENINGKAT

ADAKAH PKP DILAKSANAKAN SEMULA? JUMLAH KES COVID-19 SEMAKIN MENINGKAT Semoga semua rakyat berjaga-jaga dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan kerana jumlah kes COVID-19 semakin meningkat. Berdasarkan laporan hari ini, sebanyak 432 kes baharu direkodkan. Jika keadaan ini berterusan, adakah PKP akan dilaksanakan semula? Bersediakah kita?

DR. ZULKIFLI SAH POSITIF COVID-19

DR. ZULKIFLI SAH POSITIF COVID-19 Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memaklumkan beliau kini disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan. “Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. “Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan […]
111
0

KUARANTIN WAJIB KE SARAWAK BERMULA HARI INI

KUARANTIN WAJIB KE SARAWAK BERMULA HARI INI KUCHING 101020 – Bermula hari ini, semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan. Langkah mengawal penularan COVID-19 di negeri itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kelmarin. Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ujian saringan […]

‘BAPA HARUAN’ DIDAKWA ROGOL ANAK

‘BAPA HARUAN’ DIDAKWA ROGOL ANAK JOHOR BAHRU – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada Jun lalu. Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol […]

COVID-19 TERKAWAL KALAU PH MASIH BERKUASA – KIT SIANG

COVID-19 TERKAWAL KALAU PH MASIH BERKUASA – KIT SIANG KUALA LUMPUR – Sekiranya tidak berlaku Langkah Sheraton, situasi Covid-19 mungkin tidak seteruk sekarang jika pentadbiran masih di bawah Pakatan Harapan (PH). Itu rumusan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, jika pentadbiran PH, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad sudah tentu mampu […]

PKP SEMULA AKAN BUNUH INDUSTRI PELANCONGAN

PKP SEMULA AKAN BUNUH INDUSTRI PELANCONGAN Oleh Abu Hanifah Muhamad MERSING – Industri pelancongan bakal lumpuh termasuk lebih banyak hotel dan resort ditutup jika kerajaan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghappar berkata, ketika ini industri pelancongan tempatan baru ‘hidup’ semula selepas beberapa bulan […]

JOHOR TIGRIS BENAM PDRM DEFENDERS

JOHOR TIGRIS BENAM PDRM DEFENDERS WALAUPUN tewas pada set pertama, namun permainan Johor Tigris tampil lebih kemas pada set kedua dan penentuan untuk membenam cabaran PDRM Defenders 24-25, 21-18 dan 21-6 dalam saingan Divisyen Premier Liga Sepak Takraw (STL) 2020, semalam. Kemenangan itu sekali gus diharap menjadi tonik baharu untuk menghadapi cabaran Negeri Sembilan Antlers […]
AZALINA-DEDAH-PERNAH-DITAWAR-HABUAN-UNTUK-LOMPAT-PARTI-
0

AZALINA DEDAH PERNAH DITAWAR HABUAN UNTUK LOMPAT PARTI

AZALINA DEDAH PERNAH DITAWAR HABUAN UNTUK LOMPAT PARTI KOTA TINGGI 091020 – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui pernah ditawarkan pelbagai habuan untuk melompat parti. Namun, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak khianat dan terus setia beesama UMNO hingga hari ini. “Saya tidak keluar dan tidak lari (daripada perjuangan […]
810-MACAM-MANA-NAK-BANTERAS-PEGAWAI-POLIS-BERSEKONGKOL-DENGAN-SINDIKET-MACAU-SCAM-JUDI-HARAM-
0

MACAM MANA NAK BANTERAS, PEGAWAI POLIS BERSEKONGKOL DENGAN SINDIKET MACAU SCAM, JUDI HARAM

MACAM MANA NAK BANTERAS, PEGAWAI POLIS BERSEKONGKOL DENGAN SINDIKET MACAU SCAM, JUDI HARAM KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam. Empat pegawai kanan terbabit […]
810-ANWAR-MENGADAP-AGONG-SELASA
0

ANWAR MENGADAP AGONG SELASA INI

ANWAR MENGADAP AGONG SELASA INI Kuala Lumpur: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 13 Oktober ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pihaknya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana ketika sidang medianya pada 23 September […]
810-KP-JAKIM-MENINGGAL-DUNIA
0

KP JAKIM MENINGGAL DUNIA

KP JAKIM MENINGGAL DUNIA KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, 59, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh 1 tengah hari ini. Jakim dalam satu kenyataan memaklumkan, Paimuzi meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Selangor bagi urusan pengkebumian petang ini. Semalam, Jakim memaklumkan […]
810-PENUTUPAN-SEKOLAH-BERDASARKAN-DATA-PERBINCANGAN-DENGAN-KKM-MKN
0

PENUTUPAN SEKOLAH BERDASARKAN DATA, PERBINCANGAN DENGAN KKM, MKN

PENUTUPAN SEKOLAH BERDASARKAN DATA, PERBINCANGAN DENGAN KKM, MKN KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya menghargai saranan dan sedar kegusaran serta kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak […]
8-Oktober-ARTIS-AHLI-PERNIAGAAN-CUCI-DUIT-DIMINTA-DATANG-SENDIRI-ATAU-SPRM-JEMPUT-
0

ARTIS, AHLI PERNIAGAAN ‘CUCI DUIT’ DIMINTA DATANG SENDIRI ATAU SPRM ‘JEMPUT’

ARTIS, AHLI PERNIAGAAN ‘CUCI DUIT’ DIMINTA DATANG SENDIRI ATAU SPRM ‘JEMPUT’ KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai senarai individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan yang dikesan terbabit dalam aktiviti ‘mencuci’ wang sindiket Macau Scam. Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata individu terbabit diminta menghadirkan diri di SPRM, sebelum dipanggil untuk membantu siasatan. […]
810-JOHOR-TANGGUH-PROGRAM-BERSKALA-BESAR-HASNI-
0

JOHOR TANGGUH PROGRAM BERSKALA BESAR – HASNI

JOHOR TANGGUH PROGRAM BERSKALA BESAR – HASNI JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menangguhkan acara atau perhimpunan berskala besar bagi mengekann penularan COVID-19. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semalam. “Semalam kita bersetuju untuk tumpu kepada program, aktiviti dan mesyuarat berskala kecil dan penting sahaja. […]

JKM MINTA BANTUAN CARI IBU KANDUNG AUNI, MIZAN

JKM MINTA BANTUAN CARI IBU KANDUNG AUNI, MIZAN DUNGUN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kepada dua kanak-kanak dikenali Auni, 7, dan adik lelakinya, Mizan, 5. JKM berkata, ibu kepada dua beradik itu dikenali Noor Azreen Mohd Yusof, 39, yang alamat terakhirnya di Taman Sri Angkasa Hilir,Jalan Hilir 7, Kampung […]

PRU-15: TUN M BERTANDING LAGI?

PRU-15: TUN M BERTANDING LAGI? SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara. Menurut portal Free Malaysia Today, bekas Perdana Menteri itu berkata, hasrat beliau sebelum ini untuk tidak bertanding PRU15 telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokongnya. […]

TALIAN CELCOM ALAMI MASALAH TEKNIKAL, PENGGUNA MERUNGUT

TALIAN CELCOM ALAMI MASALAH TEKNIKAL, PENGGUNA MERUNGUT Pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal, hari ini. Celcom dalam kenyataannya, berkata pihak sedang berusaha memperbaikinya dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera. “Pengguna di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan panggilan yang disebabkan masalah teknikal. “Pasukan teknikal kami sedang sedaya upaya […]

293 KES BAHARU 4 OKTOBER 2020

293 KES BAHARU 4 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Sebanyak 293 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah […]

TERUS JADIKAN NORMAL BAHARU SATU BUDAYA

TERUS JADIKAN NORMAL BAHARU SATU BUDAYA KOTA TINGGI – Masyarakat perlu terus dan diingatkan tidak leka mengamalkan normal baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, ramai yang sedar punca dan cara mengekang jangkitan COVID- 19. “Ketika itu masyarakat […]

18 PENGUNJUNG PUSAT HIBURAN DIKOMPAUN RM1,000

18 PENGUNJUNG PUSAT HIBURAN DIKOMPAUN RM1,000 JOHOR BAHRU – Seramai 19 individu yang sedang leka berhibur termasuk seorang penjaga permis ditahan polis di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Permas Jaya, Masai di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata,semua yang berusia 18 hingga 57 tahun […]

ISU SEMPADAN SENTIASA, TERUS DIBINCANGKAN – TOK PA

ISU SEMPADAN SENTIASA, TERUS DIBINCANGKAN – TOK PA JOHOR BAHRU – Kerajaan tetap meneruskan perbincangan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura walaupun kes COVID-19 di negara ini meningkat sejak beberapa hari lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamad berkata, usaha itu perlu diambil kerana penutupan sempadan memberi kesan terhadap ekonomi negara terutamanya Johor. “Kita […]

PEMIMPIN ISLAM LEBIH BANYAK BERKELAHI, BEREBUT JAWATAN – HADI

PEMIMPIN ISLAM LEBIH BANYAK BERKELAHI, BEREBUT JAWATAN – HADI SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik sikap umat Islam dan pemimpin Islam yang dilihat seperti hilang jati diri dan hanya memikirkan kepentingan diri. Tanpa menamakan mana-mana individu atau pemimpin parti terbabit, Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka hanya leka mencari makan […]

PENUNTUT BOLEH TUKAR TARIKH TIKET AIRASIA

PENUNTUT BOLEH TUKAR TARIKH TIKET AIRASIA SHAH ALAM – Syarikat penerbangan Air Asia Berhad telah mengambil inisiatif dalam membantu institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka. Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu pengumumannya memaklumkan bahawa syarikat penerbangan tambang murah itu bersedia menyediakan kemudahan pertukaran tarikh penerbangan tanpa had bagi laluan yang sama. […]

TRUMP DAKWA SEMAKIN SIHAT, MAHU SEGERA SAMBUNG KEMPEN

TRUMP DAKWA SEMAKIN SIHAT, MAHU SEGERA SAMBUNG KEMPEN WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sedang menjalani kuarantin kendiri menyatakan dalam ciapan videonya di Twitternya bahawa beliau sihat dan akan kembali bekerja tidak lama lagi. Agensi berita Sputnik melaporkan Trump yang dilihat duduk di hadapan meja dengan berlatar belakang bendera AS mengucapkan terima kasih […]

KES DENGGI SEMAKIN POSITIF DI JOHOR

KES DENGGI SEMAKIN POSITIF DI JOHOR JOHOR BAHRU – Jumlah kes denggi di negeri ini mencatatkan penurunan, iaitu 261 kes minggu ini berbanding 279 kes pada minggu lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu berkata, perkembangan itu menunjukkan bilangan kes denggi menurun sejak Kempen Johor Perangi Denggi 2020 dilancarkan pada 23 Ogos lalu. “Hingga […]

SULTAN IBRAHIM KURNIA PINGAT UNTUK BARISAN HADAPAN

SULTAN IBRAHIM KURNIA PINGAT UNTUK BARISAN HADAPAN JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang khusus untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini yang secara berterusan bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19. Menurut akaun rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah pingat berserta surat akuan akan dikurniakan kepada penerima terdiri pelbagai […]

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH KE MASJIDIL HARAM

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH KE MASJIDIL HARAM JEDDAH: Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan COVID-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama hari ini. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat […]

RM200 JUTA NAIK TARAF KEMUDAHAN PULAU SIBU, PULAU BESAR

RM200 JUTA NAIK TARAF KEMUDAHAN PULAU SIBU, PULAU BESAR Oleh Abu Hanifah Muhamad MERSING – Peruntukan RM200 juta akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menaik taraf kemudahan di Pulau Sibu dan Pulau Besar dalam usaha memberi keselesaan dan menarik lebih ramai pelancong. Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd. Rahman berkata, dana tersebut untuk […]

JOHOR TELITI SEMULA SOP DAN KEBENARAN SOLAT DI SURAU, MASJID

JOHOR TELITI SEMULA SOP DAN KEBENARAN SOLAT DI SURAU, MASJID JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) aktiviti keagamaan di surau dan masjid sekiranya kes COVID-19 terus meningkat. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, SOP sedia ada yang menetapkan satu pertiga kapasiti masjid dan surau bagi […]

SEORANG LELAKI LEMAS DALAM KOLAM

SEORANG LELAKI LEMAS DALAM KOLAM BATU PAHAT – Seorang lelaki terjatuh dan lemas dalam kolam air di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1.59 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Maniaresan, 54, tergelincir sebelum keluarganya meminta bantuan pihak bomba. Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

TUTUP SEKOLAH: KEDAH TUNGGU HASIL PERBINCANGAN DENGAN MKN

TUTUP SEKOLAH: KEDAH TUNGGU HASIL PERBINCANGAN DENGAN MKN ALOR SETAR: Cadangan penutupan sekolah di kawasan penularan COVID-19 di negeri ini hanya boleh dilakukan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Najmi Ahmad, berkata cadangan itu hanya boleh dibuat oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam mesyuarat […]

PENDAFTARAN PENUNTUT BAHARU, LAMA DITANGGUH – NORAINI

PENDAFTARAN PENUNTUT BAHARU, LAMA DITANGGUH – NORAINI Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta. Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata peningkatan kes berkenaan adalah di […]

JDT JUARA LIGA SUPER KALI KE-7 BERTURUT-TURUT

JDT JUARA LIGA SUPER KALI KE-7 BERTURUT-TURUT JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Liga Super bagi kali ke-7 berturut-turut apabila membenam Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Jika sebelum ini, Perak dan Selangor menerima nasib malang apabila di belasah 7-0 dan 6-1, di stadium baru […]

RON95, RON97 NAIK 3 SEN

RON95, RON97 NAIK 3 SEN KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi 3 hingga 9 Oktober 2020 akan naik mulai tengah malam ini. Kementerian Kewangan menerusi kenyataan, hari ini, memaklumkan harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen kepada RM1.71 dan RM2.01 seliter. Sementara itu, harga runcit diesel turun satu sen kepada […]

2 MAUT, 1 CEDERA VIVA BERLANGGAR DENGAN TRELER

2 MAUT, 1 CEDERA VIVA BERLANGGAR DENGAN TRELER KOTA TINGGI – Dua maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Felcra Sungai Ara, dekat sini hari ini. Dalam kejadian jam 5.45 petang melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan treler jenis Scania mengakibatkan pemandu dan penumpang kereta, Suhairi Katwali, 30, dan Norfatihah Md. Nasir, 32, meninggal […]

JOHOR TELITI SEMULA WAKTU PERNIAGAAN

JOHOR TELITI SEMULA WAKTU PERNIAGAAN JOHOR BAHRU: Johor akan meneliti semula waktu operasi premis perniagaan di seluruh negeri ini sama ada ia perlu dipendekkan atau dikekalkan, susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil, berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas bagi menyemak semula waktu operasi […]

SUDAH TIBA MASA UMNO TARIK DIRI DARIPADA PN – NUR JAZLAN

SUDAH TIBA MASA UMNO TARIK DIRI DARIPADA PN – NUR JAZLAN SETELAH dipermainkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, UMNO seharusnya membuat keputusan tegas menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Menarik perhatian itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan, sekiranya UMNO tidak […]

@utm_my TANGGUH PENDAFTARAN PENUNTUT

UTM TANGGUH PENDAFTARAN PENUNTUT JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menangguhkan sementara pendaftaran pelajar baharu dan lama ke kampusnya di Skudai dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman selanjutnya. Pejabat Naib Canselor UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua pelajar tidak perlu hadir ke kampus untuk membuat pendaftaran dan pembelajaran. Pelajar boleh melakukan pendaftaran secara dalam talian […]

2 NELAYAN INDONESIA LALOK DITAHAN MARITIM

2 NELAYAN INDONESIA LALOK DITAHAN MARITIM KOTA TINGGI – Dua nelayan warganegara asing menaiki sebuah bot gentian kaca ditahan Maritim Malaysia pada kedudukan kira-kira 0.6 batu nautika barat Sungai Rengit, dekat sini kelmarin. Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (Swasla) mengesan kehadiran bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.10 malam. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, […]

TRUMP & ISTERI POSITIF COVID-19

TRUMP & ISTERI POSITIF COVID-19 PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif COVID-19. Pengumuman itu dibuat oleh Trump melalui ciapan di akaun rasmi Twitter beliau pada jam 12.55 tengah hari waktu Malaysia. Kebimbangan mengenai pendedahan Trump kepada virus itu meningkat baru-baru ini, selepas salah seorang kakitangannya, Hope Hicks dikesan positif […]

PRK DI SABAH? AHLI PARLIMEN BATU SAPI MENINGGAL DUNIA

PRK DI SABAH? AHLI PARLIMEN BATU SAPI MENINGGAL DUNIA Peningkatan Covid-19 dipercayaai berikutan PRN Sabah cukup meresahkan, apatah lagi jika menghadapi pilihan raya kecil sekali lagi di Parlimen Batu Sapi. Pagi ini dilaporkan bekas menteri undang-undang di era Pakatan Harapan (PH) Liew Vui Keong meninggal dunia jam 11.50 pagi tadi. Malaysiakini melaporkan, Timbalan presiden Warisan […]

PASANGAN ARTIS, USAHAWAN TERKENAL DISIASAT @SPRMMalaysia

PASANGAN ARTIS, USAHAWAN TERKENAL DISIASAT SPRM KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah di antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram. Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi tadi. Sumber […]

DUDUK RUMAH JIKA TIADA URUSAN PENTING – KP KESIHATAN

DUDUK RUMAH JIKA TIADA URUSAN PENTING – KP KESIHATAN PUTRAJAYA: Ciapan dimuat naik melalui akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, awal pagi tadi, adalah peringatan untuk semua rakyat Malaysia supaya duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Dr Noor Hisham sekali gus menjelaskan bahawa beliau sudah membuat hantaran […]

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN DITANGGUH

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN DITANGGUH Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau diarahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar memaklumkan bahawa semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta merta. Katanya, Menteri Kanan (Keselamatan), DS Ismail Sabri Yaakob juga berpandangan yang sama. Beliau berkata penangguhan ini disebabkan kes […]

@POLISJOHOR TERIMA 17 LAPORAN BERKAITAN AJARAN SESAT HIZBUT TAHRIR

POLIS TERIMA 17 LAPORAN BERKAITAN AJARAN SESAT HIZBUT TAHRIR JOHOR BAHRU – Polis mengesan 80 pengikut fahaman Hizbut Tahrir di Johor yang terdiri daripada golongan profesional dan penuntut universiti awam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan perkara tersebut secara terperinci terutamanya melibatkan ahli akademik kanan yang terlibat namun […]

DIJEMPUTI ILAHI SEMASA LAUNG AZAN SUBUH

DIJEMPUTI ILAHI SEMASA LAUNG AZAN SUBUH SHAH ALAM: Seorang ahli jawatan kuasa Surau Ar-Rayyan dekat Seksyen 27 di sini, meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh awal pagi tadi. Menerusi satu perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS), arwah Rosliman Osman yang berusia 60 tahun dikatakan baru sahaja melaungkan dua rangkap dari kalimah Azan sebelum tiba-tiba […]

HALATUJU PARTI AKAN DIPUTUSKAN BERSAMA – ZAHID

HALATUJU PARTI AKAN DIPUTUSKAN BERSAMA -ZAHID KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara berkaitan isu hala tuju parti adalah isu penting, justeru tidak sesuai untuk beliau bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama pimpinan parti. Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta pemimpin parti memberi pandangan apabila isu berhubung hala tuju parti selepas […]

‘SAYA TAK BOLEH MAAFKAN ORANG YANG HANCURKAN UMNO’

‘SAYA TAK BOLEH MAAFKAN ORANG YANG HANCURKAN UMNO’ KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak ‘sampai bila-bila’. Menurut Mahathir, pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh-sungguh agar Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Tidak […]

157 ORANG SUDAH JALANI UJIAN – VIDYANATHAN

157 ORANG SUDAH JALANI UJIAN – VIDYANATHAN JOHOR BAHRU – Seramai 157 kontak rapat kepada Kluster Bakawali, iaitu pasangan suami isteri guru yang disahkan positif COVID -19 selepas pulang dari Sabah sudah menjalani ujian. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, daripada jumlah tersebut, 70 orang didapati negatif, manakala 87 lagi masih […]

KERJASAMA POLITIK MERUGIKAN UMNO – TOK MAT

KERJASAMA POLITIK MERUGIKAN UMNO – TOK MAT UMNO perlu memikirkan semula pendekatan poltiknya, demikian ditegaskan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, jika keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlibatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkannya dalam jangka masa panjang. Justeru, beliau meminta Presiden UMNO, […]

AS TAHAN MINYAK SAWIT KELUARAN FGV

AS TAHAN MINYAK SAWIT KELUARAN FGV KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan menahan minyak sawit dan produk komoditi itu yang dihasilkan FGV Holdings Berhad, anak syarikatnya dan sebarang usaha sama dengan syarikat itu di semua pintu masuk negara itu, berkuat kuasa 30 September. Dalam satu kenyataan hari ini, CBP […]

WUJUD ZON INDUSTRI PERIKANAN DI TIGA DAERAH

WUJUD ZON INDUSTRI PERIKANAN DI TIGA DAERAH PASIR GUDANG – Johor akan mewujudkan Zon Industri Perikanan di Muar, Batu Pahat dan Pontian pada tahun depan sebagai usaha memelihara habitat hidupan laut yang semakin diancam kepupusan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, zon itu diwujudkan bagi membantu […]

KPDNHEP JOHOR RAMPAS 1,700 BARANG TIRUAN

KPDNHEP JOHOR RAMPAS 1,700 BARANG TIRUAN JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas 1,700 barangan tiruan bernilaiRM64,662 dalam operasi berasingan yang berlangsung selama tiga hari di Johor Bahru, Segamat dan Kluang. KPDNHEP Johor dalam kenyataan memberitahu, operasi membabitkan lapan premis di tiga daerah berkenaan dijalankan setelah mereka didapatimenjual […]

POLIS MARIN RAMPAS RM124,881 MINUMAN KERAS SELUDUP

POLIS MARIN RAMPAS RM124,881 MINUMAN KERAS SELUDUP JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas minuman keras seludup bernilai RM124,881 selepas menahan sebuah kereta di kawasan Taman Nusa Bestari 2, Bandar Bestari di sini semalam. Menerusi serbuan pada jam 5 petang, PPM Wilayah Dua melakukan pemeriksaan dalam kereta Nissan Sylphy itu yang dinaiki […]

DATUK MICHAEL ANTARA YANG DIBURU

DATUK MICHAEL ANTARA YANG DIBURU KUALA LUMPUR: Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera ditembak di Bandar Kinrara, Serdang, minggu lalu. Lelaki terbabit dikenali sebagai Loo Lai Ming (Datuk Michael) berusia 40 tahun beralamat Desa Gembira Kondominium Kuala Lumpur dan Choong Aik Boon (Manco@Roy), 48, serta beralamat sama. Pengarah Jabatan Siasatan […]

AHLI GENG 21 DIBURU, TERLIBAT KES TEMBAK

AHLI GENG 21 DIBURU, TERLIBAT KES TEMBAK JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan seorang ahli Geng 21 berhubung kes samun, cuba bunuh dan melepaskan tembakan dalam kejadian di hadapan Pangsapuri Permai Plentong, 8 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata suspek, B Sarjit Singh, 23, beralamat di Kampung Sungai Plentong dicari […]

SENARAI KABINET SABAH

SENARAI KABINET SABAH Ketua Menteri: YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd. Noor Timbalan Ketua Menteri: YB Datuk Seri Bung Moktar RadinYB Datuk Dr. Jeffrey Gapari KitinganYB Datuk Dr. Joachim Gunsalam Menteri:Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan – YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun Kementerian Pertanian dan Perikanan – YB Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan […]

509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C

509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C JOHOR BAHRU – Seramai 509 penagih dadah tegar di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sejak Januari lalu hingga kini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka merupakan penagih yang sudah tiga kali ditahan atas keselahan sama dan […]

HAJIJI KM, BUNG MOKTAR, JEFFRY, JOACHIM TKM SABAH YANG BAHARU

HAJIJI KM, BUNG MOKTAR, JEFFRY, JOACHIM TKM SABAH YANG BAHARU KOTA KINABALU: Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah pada jam 10.32 pagi tadi. Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini. Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk […]

175 PELAJAR TERLIBAT KES KEMALANGAN

175 PELAJAR TERLIBAT KES KEMALANGAN KULAI – Sebanyak 175 Kes kemalangan jalan raya dicatatkan yang melibatkan pelajar sekolah dari Januari hingga bulan lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M Kumarasan memberitahu, daripada jumlah itu, kemalangan maut melibatkan 75 kes; cedera parah (41); cedera ringan (37) dan kemalangan dengan kerosakan (22). “JSPT […]

TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI

TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI MUAR – Persatuan Pelancongan Daerah Muar (Muar Tourism) akan menubuhkan Koperasi Pelancongan Daerah khusus untuk hampir 100 ahlinya yang akan berperanan meningkatkan pendapatan mereka menerusi pelaburan perniagaan koperasi. Pengerusi Muar Tourism, Sallehudin Satar berkata, pada permulaan koperasi itu akan terlibatkan dalam perniagaan berteraskan produk pelancongan bersekala sederhana. “Kerajaan menyediakan […]

HAJIJI DIUMUM KETUA MENTERI BAHARU SABAH

HAJIJI DIUMUM KETUA MENTERI BAHARU SABAH KOTA KINABALU – Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Penamaan itu disokong sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Perkara itu dimaklumkan sendiri Hajiji pada sidang media selepas perjumpaan tertutup GRS sebentar tadi. Majlis Angkat […]

3 KLUSTER BAHARU, 2 DI SABAH

3 KLUSTER BAHARU, 2 DI SABAH PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 membabitkan dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kluster baharu di Sabah dikenali Kluster Buang Sayang dan Kluster Kg Sakong, sementara di Kuala Lumpur pula dikenali Kluster […]

SIAPA KM BAHARU SABAH DIUMUMKAN ESOK

SIAPA KM BAHARU SABAH DIUMUMKAN ESOK KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijangka membuat pengumuman berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu esok. Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini. “Jam 2,30 petang tadi, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO […]

JURUTERA MAUT, ISTERI DAN 2 ANAK CEDERA PERODUA ARUZ DILANGGAR PROTON PERDANA

JURUTERA MAUT, ISTERI DAN 2 ANAK CEDERA PERODUA ARUZ DILANGGAR PROTON PERDANA SHAH ALAM: Seorang jurutera maut, manakala isteri serta dua anak mereka selamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Persiaran Tun Teja, dekat Alam Impian di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata dalam kejadian pada jam […]

BUNG MOKTAR ATAU HAJIJI, TYT PERLU SEDIKIT MASA

BUNG MUKTAR ATAU HAJIJI, TYT PERLU SEDIKIT MASA KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor, berada di Istana Negeri bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, ketika ini. Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di Magellan Sutera Resort di sini, dipercayai […]

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3 KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Berdasarkan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiga parti utama yang membentuk GRS iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan […]

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN JOHOR BAHRU – Seramai 246 individu RM1,000 dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan dan tídak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkansemasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berhibur di pusát hiburan malam tadi. Mereka diperiksa dalam satu operasi bersepadu melibatkan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di dua buah […]

SAYA TAK BERTANDING PADA PRU-15 – TUN M

SAYA TAK BERTANDING PADA PRU-15 – TUN M PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi dalam masa akan terus memerangi rasuah melalui Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). “Saya mahu sedikit masa lagi, tetapi saya fikir saya akan berkhidmat dalam jangka masa […]

PEJUANG TAK SOKONG ANWAR

PEJUANG TAK SOKONG ANWAR YAN: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata sehingga kini pihaknya tidak diajak untuk berbincang mengenai perkara itu bersama PKR mahupun Anwar sendiri. “Jadi takkan kita nak terhegeh-hegeh untuk menawarkan […]

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG

WARGA INDONESIA WUJUDKAN KLUSTER ORKIM DI PASIR GUDANG PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di Johor yang dikenal pasti sebagai Kluster Orkim membabitkan kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes pertama iaitu kes ke-10,572 yang dikesan membabitkan seorang kru kapal warganegara […]

MIC HARAP TANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN, DUN DI JOHOR

MIC HARAP TANDING LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN, DUN DI JOHOR KULAI – MIC berharap dapat bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Presidennya, Tan Sri S. Vigneswaran berkata, MIC sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) termasuk di negeri […]

MAJIKAN SALAH GUNA SUBSIDI UPAH DISENARAI HITAM

MAJIKAN SALAH GUNA SUBSIDI UPAH DISENARAI HITAM Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Majikan yang didapati menyalahgunakan dana Program Subsidi Upah diperkenalkan pada 1 April lalu akan disenarai hitam. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya menerima aduan daripada 846 pekerja berhubung kegagalan majikan membayar upah kepada mereka. “Ada juga syarikat memberi […]

SPRM TAHAN EJEN HARTANAH BEBAS CUBA RASUAH

SPRM TAHAN EJEN HARTANAH BEBAS CUBA RASUAH KLUANG – Gara-gara cuba menyogok seorang Pembantu Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK), seorang ejen hartanah ditahanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang semalam. Suspek yang berusia 41 tahun bertugas sebagai seorang ejen hartanah bebas ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang pada pukul 5 petang bagi membantu siasatan […]

INSPEKTOR DIDENDA RM6,000 TERIMA RASUAH

INSPEKTOR DIDENDA RM6,000 TERIMA RASUAH IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM3,000 kira-kira enam tahun lalu. Tertuduh, Sahrol Zaman Mohd Adom, 38, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, S Indra Nehru. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara […]

KONDO JADI PORT PROSES HEROIN

KONDO JADI PORT PROSES HEROIN GEORGETOWN: Penahanan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun berjaya membongkar makmal mini digunakan bagi memproses dadah jenis heroin di sebuah kondominium, di Bukit Tengah di daerah Seberang Perai Tengah, di sini. Pembongkaran kegiatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Pulau Pinang itu turut merampas beberapa jenis dadah […]

PAS MINTA PENJELASAN UMNO

PAS MINTA PENJELASAN UMNO KUALA LUMPUR: PAS meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 […]

NOR AQILAH SUDAH SEDAR, KEADAAN STABIL

NOR AQILAH SUDAH SEDAR, KEADAAN STABIL BUKIT MERTAJAM: Selepas seminggu menerima rawatan akhirnya mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma. Difahamkan, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner […]

ANNUAR DIKUARANTIN

ANNUAR DIKUARANTIN KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Koordinator BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Tan Sri Annuar Musa diarahkan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu bermula hari ini. Dalam kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi, perintah pengawasan dan pemerhatian itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berikutan kontak terdekatnya, […]

ATM BERKAS PEMANDU TEKSI CUBA SELUDUP 3 PATI INDONESIA

KOTA TINGGI, 24 Sept – Cubaan seorang pemandu teksi untuk bersubahat dalam aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak berhasil, apabila ditahan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di kawasan Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor. Penahanan tersebut dibuat oleh kumpulan ronda 1 RAD yang mengesan sebuah teksi jenis Proton Exora […]

DERITA PEMANDU GRAB, MANGSA LANGGAR LARI

DERITA PEMANDU GRAB, MANGSA LANGGAR LARI Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu peribahasa yang susuai untuk menggambarkan penderitaan yang dialami Mohammad Fakrul Azam Md Rosli, mangsa langgar lari di persimpangan lampu isyarat Jalan Kangkar Tebrau di sini pada 26 Jun lalu. Mohammad Fakrul, 22, merupakan […]

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL

SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sempena Hari Hol, hari ini. Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibrahim; Tunku Panglima Johor, […]

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 : 6,474 KILOGRAM DIBERSIHKAN

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY 2020 : 6,474 KILOGRAM DIBERSIHKAN ISKANDAR PUTERI – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan pengauditan sisa ke atas 6,474.68 kilogram sisa pepejal. Sisa berkenaan dibersihkan sempena program World Cleanup Day 2020 di 11 lokasi di negeri ini antaranya di Pantai […]

SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL

SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL JOHOR BAHRU – Suharnizan Md. Sidek yang menjadi mangsa body shaming masih tertekan kerana video dan gambarnya bersama-sama anak-anak masih boleh ditonton dan disebarkan dalam media sosial. Walaupun begitu Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah, terus mendapat simpati terutama netizen yang terus memberikan kata-kata semangat dan motivasi terhadap dirinya. […]

TUN M: BUKAN KALI PERTAMA ANWAR DAKWA ADA SOKONGAN MAJORITI

TUN M: BUKAN KALI PERTAMA ANWAR DAKWA ADA SOKONGAN MAJORITI KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bukan pertama kali Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan. Bercakap menerusi Zoom di Nutanix’s Asean CIO Virtual Summit, Dr Mahathir berkata, semua pihak perlu menunggu Ahli Parlimen […]

BEKAS GURU WANITA MAUT JATUH BANGUNAN

BEKAS GURU WANITA MAUT JATUH BANGUNAN JOHOR BAHRU – Seorang wanita meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pusat beli-belah di Tampoi di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada pukul 12.55 tengah hari. […]

4 NEGERI BERMINAT CONTOHI SUBJEK KESULTANAN ISLAM JOHOR

4 NEGERI BERMINAT CONTOHI SUBJEK KESULTANAN ISLAM JOHOR PASIR GUDANG – Modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kesultanan Islam Johor yang diperkenalkan awal bulan ini di 578 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) akan dicontohi sekolah agama di empat negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, empat negeri berkenaan akan menggunakan modul […]

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA – TMJ

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA – TMJ Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sekolah pendidikan khas adalah perkara yang amat dekat di hati beliau dan keluarganya. Menurutnya, pendidikan adalah hak untuk semua rakyat tidak mengira kaum atau agama mahupun keupayaan dan setiap anak Johor […]

SAYA MASIH PM SELAGI ANWAR TIADA BUKTI MAJORITI

SAYA MASIH PM SELAGI ANWAR TIADA BUKTI MAJORITI KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah. Perdana Menteri berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai majoriti yang kukuh untuk menubuhkan kerajaan, perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang […]