APLIKASI AR MAKMUR JOHOR (Apple & Android)

APLIKASI AR MAKMUR JOHOR (Apple & Android) *** App AR Makmur Johor kini berada di Telefon Apple & Android *** Download Aplikasi Augmented Reality AR Makmur Johor untuk pengguna telefon bimbit Android di Play Store. Pengguna telefon bimbit Apple pula perlu menantikan Aplikasi ini diterbitkan di dalam App Store sedikit masa lagi. Bagi pengguna telefon […]

#SOULofJOHOR – TANGKAPAN KES PEMALSUAN SIJIL CUTI SAKIT & SINDIKET ALONG

Pihak Polis DiRaja Malaysia menasihatkan kepada rakyat Malaysia supaya tidak membeli sijil cuti sakit palsu. Pihak JohorTimes.my pula menegaskan kepada rakyat Malaysia yang ingin bercuti sakit palsu lebih baik berhenti kerja dan boleh sentiasa sakit setiap hari tanpa khuatir di tangkap polis. Rakyat Malaysia yang teringin hendak cuti sakit perlu berhenti kerja dan menjadi usahawan […]

PELAN TINDAKAN BANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN JOHOR

JOHOR BAHRU – Sebuah pelan tindakan pembangunan sektor pelancongan untuk tempoh 10 tahun akan dilancar pada tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelan tindakan itu merupakan hala tuju industri pelancongan di Johor melibatkan semua destinasi pelancongan daerah yang berpotensi dibangunkan. “Ketika ini kita sedang rangka pelan […]

HERO MBJB BERKAS PERAGUT TERIMA PENGHARGAAN

HERO MBJB BERKAS PERAGUT TERIMA PENGHARGAANHamirul Hairi/luqman JOHOR BAHRU – Pembantu Penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB. Dalam satu rakaman […]

MAQIS JOHOR RAMPAS 2 KONTENA BULU BIRI-BIRI

MAQIS JOHOR RAMPAS 2 KONTENA BULU BIRI-BIRI ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan dua buah kontena membawa bulu biri-biri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, semalam. Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, pemeriksaan pada jam 3 petang oleh Pegawai Penguat Kuasa Maqis PTP ke atas dua […]

8,707 KES DENGGI DI JOHOR DENGAN 32 KES KEMATIAN

8,707 KES DENGGI DI JOHOR DENGAN 32 KES KEMATIAN JOHOR BAHRU – Situasi denggi di negeri ini amat membimbangkan apabila mencatatkan 8,707 kes sejak awal tahun hingga 12 September lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Aman Rabu berkata, statistik Johor Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menunjukkan peningkatan 6.2 peratus berbanding 8,200 kes bagi tempoh sama pada tahun […]

ANNUAR DIKUARANTIN

ANNUAR DIKUARANTIN KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Koordinator BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Tan Sri Annuar Musa diarahkan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu bermula hari ini. Dalam kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi, perintah pengawasan dan pemerhatian itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berikutan kontak terdekatnya, […]

157 ORANG SUDAH JALANI UJIAN – VIDYANATHAN

157 ORANG SUDAH JALANI UJIAN – VIDYANATHAN JOHOR BAHRU – Seramai 157 kontak rapat kepada Kluster Bakawali, iaitu pasangan suami isteri guru yang disahkan positif COVID -19 selepas pulang dari Sabah sudah menjalani ujian. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, daripada jumlah tersebut, 70 orang didapati negatif, manakala 87 lagi masih […]

TALIAN CELCOM ALAMI MASALAH TEKNIKAL, PENGGUNA MERUNGUT

TALIAN CELCOM ALAMI MASALAH TEKNIKAL, PENGGUNA MERUNGUT Pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal, hari ini. Celcom dalam kenyataannya, berkata pihak sedang berusaha memperbaikinya dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera. “Pengguna di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan panggilan yang disebabkan masalah teknikal. “Pasukan teknikal kami sedang sedaya upaya […]
111-68
0

PATI WANITA TERPERANGKAP DALAM SELUT DI PANTAI

PATI WANITA TERPERANGKAP DALAM SELUT DI PANTAI KOTA TINGGI – Seorang wanita dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) terperangkap dalam selut di pinggir pantai depan Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia, Pengerang, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3.02 pagi, PATI berkenaan tidak mampu keluar dari selut sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai […]

PDT O&G METERAI PERJANJIAN DENGAN PS POLY PACK, KPYPJ @HASNI_JOHOR

KOTA ISKANDAR – Anak syarikat milik kerajaan negeri, PDT Oil Gas Services Sdn. Bhd. (PDT O&G) memeterai perjanjian dengan PS Poly Pack Sdn. Bhd. (PS Poly Pack) dan Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), hari ini. Lebih bermakna, majlis tersebut diadakan di Pejabat Menteri Besar Johor. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian […]

UiTM-MPPG KUKUH KERJASAMA DALAM PELBAGAI BIDANG @uitmofficial @MP_PASIRGUDANG

PASIR GUDANG – Bagi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). MoU itu ditandatangani di Menara Aqabah, di sini antara Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof Dr. Ismail Ahmad dan Yang Dipertua MPPG, Zainor Adani. Dr. Ismail berkata, MoU itu […]

2 PENIAGA DITAHAN SPRM RASUAH PENGUAT KUASA

2 PENIAGA DITAHAN SPRM RASUAH PENGUAT KUASA KLUANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang hari ini menahan dua peniaga pasar awam kerana memberi rasuah kepada seorang penguat kuasa di daerah ini. Kedua-dua suspek yang berusia 37 dan 59 tahun yang berniaga di Pasar Awam Kluang ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang sini pada […]

JAWATAN KM SABAH DITENTUKAN LEPAS PRN – @KhaledNordin

JAWATAN KM SABAH DITENTUKAN LEPAS PRN Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah lebih awal merupakan taktik untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan wakil daripada parti mana akan menjadi […]

LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN

LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut dalam kebakaran di rumah kedai dua tingkat di Taman Melawati, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 6.04 petang, Pan Cheng Bin, 29, dipercayai berada di tingkat atas kedai itu dan tidak sempat melarikan diri. Ketua Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, […]

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN

246 DIKOMPAUN DALAM DUA PUSAT HIBURAN JOHOR BAHRU – Seramai 246 individu RM1,000 dikompaun kerana gagal mematuhi peraturan dan tídak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkansemasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berhibur di pusát hiburan malam tadi. Mereka diperiksa dalam satu operasi bersepadu melibatkan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di dua buah […]

@utm_my TANGGUH PENDAFTARAN PENUNTUT

UTM TANGGUH PENDAFTARAN PENUNTUT JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menangguhkan sementara pendaftaran pelajar baharu dan lama ke kampusnya di Skudai dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman selanjutnya. Pejabat Naib Canselor UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua pelajar tidak perlu hadir ke kampus untuk membuat pendaftaran dan pembelajaran. Pelajar boleh melakukan pendaftaran secara dalam talian […]

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI

SEMUA PULAU SELAMAT DIKUNJUNGI Oleh Abu Hanifah Muhamad MERSING – Pulau-pulau di negara ini selamat dikunjungi kerana semuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghappar berkata, pengunjung tidak perlu bimbang kerana semua hotel dan resort mematuhi semua arahan keselamatan dan kesihatan. “Pihak pengurusan […]
111-82
0

JOHOR CATAT 9,485 KES DEMAM DENGGI

JOHOR CATAT 9,485 KES DEMAM DENGGI JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan 9,485 kes demam denggi di negeri ini dari awal tahun hingga kini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyanathan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 8.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jumlah 8,740 kes. “Daripada jumlah kes yang […]
111-111
0

BEKAS PENGURUS BESAR KANAN FGV DIDAKWA RASUAH

BEKAS PENGURUS BESAR KANAN FGV DIDAKWA RASUAH SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus besar kanan FGV Holdings Berhad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menerima suapan wang tunai RM10,000, Mac tahun lalu. Norazam Abdul Hameed, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie. Tertuduh […]

#SOULofJOHOR – MENGESAN WARIS JENAZAH

PIHAK PENGURUSAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU SEDANG MENGESAN WARIS BAGI MENUNTUT JENAZAH SEPERTI BERIKUT: NAMA : ABDUL KARIM AGILAN BIN ABDULLAHNO KAD PENGENALAN : 710717-08-5977ALAMAT TERAKHIR : TIADATARIKH KEMATIAN : 15/06/2020 @ 1050 HRS NAMA : ISMAIL BIN ABDULLAHNO KAD PENGENALAN : 531215-66-5097ALAMAT TERAKHIR : TIADATARIKH KEMATIAN : 14/06/2020 @ 1925 HRS DIHARAPKAN SAUDARA […]

#SOULofJOHOR – HARGA PELITUP MUKA LEBIH MURAH

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah harga RM1.20 seunit. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan itu akan diputuskan dalam tempoh terdekat. Katanya, pihak kementerian sudah mengambil langkah menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan itu daripada RM1.50 kepada […]

OPS HIBURAN: 26 DITAHAN

ISKANDAR PUTERI – Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-63 tercemar apabila 26 orang ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Nusabayu, Gelang Patah di sini malam tadi. Menerusi Ops Hiburan yang dilakukan pada pukul 12.30 tengah malam, mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki, dua wanita tempatan dan seorang wanita warganegara Indonesia. Ketua Polis Daerah Iskandar […]

BERSATU TAK JADI PECAT OSMAN

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam perkembangan terkini, memutuskan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, kekal sebagai ahli parti itu. Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata pihaknya akan memanggil bekas Menteri Besar Johor itu bagi menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon […]

HASNI RASMI SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA 2

HASNI RASMI SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA 2 KULAI – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad merasmikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di pekarangan Sekolah Agama Bandar Putra 2, di sini hari ini. Sekolah tersebut dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) menerusi anak syarikatnya KPRJ Builders Sdn. Bhd. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa […]

BAYI LELAKI DIBUANG DI TEPI TONG SAMPAH

BAYI LELAKI DIBUANG DI TEPI TONG SAMPAH JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki yang dibaluti dengan kain lampin ditemukan orang awam di tepi tong sampah di hentian bas Jalan Mahmoodiah, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemukan oleh seorang lelaki […]

SAYA MASIH PM SELAGI ANWAR TIADA BUKTI MAJORITI

SAYA MASIH PM SELAGI ANWAR TIADA BUKTI MAJORITI KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan beliau adalah Perdana Menteri yang sah. Perdana Menteri berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai majoriti yang kukuh untuk menubuhkan kerajaan, perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang […]

509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C

509 PENAGIH TEGAR DISABIT DI BAWAH SEKSYEN 39C JOHOR BAHRU – Seramai 509 penagih dadah tegar di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sejak Januari lalu hingga kini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka merupakan penagih yang sudah tiga kali ditahan atas keselahan sama dan […]

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH KE MASJIDIL HARAM

KUMPULAN PERTAMA JEMAAH UMRAH KE MASJIDIL HARAM JEDDAH: Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan COVID-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama hari ini. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat […]
111-57
0

KLUSTER BAKAWALI: 15 POSITIF

KLUSTER BAKAWALI: 15 POSITIF JOHOR BAHRU: Sebanyak 15 kes kluster Bakawali dilaporkan positif sehingga semalam sejak kewujudan kluster berkenaan dilaporkan 29 September lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata susulan itu Kluster Bakawali masih lagi dalam pemantauan dan dijangka tamat pada 28 Oktober. “Sehingga semalam, 357 kontak rapat sudah dikenal pasti […]
111-90
0

NO ANWAR, NO DAP – HISHAMMUDDIN

NO ANWAR, NO DAP – HISHAMMUDDIN KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan beliau tidak pernah menyatakan sokongan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri. Beliau berkata, keputusannya itu adalah konsisten, termasuk menolak sebarang penggabungan politik UMNO dengan DAP. “Seperti yang Presiden UMNO, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi […]
111-121
0

UMNO-PAS SETUJU MN DIDAFTARKAN

UMNO-PAS SETUJU MN DIDAFTARKAN KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Keputusan tersebut diumumkan dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung I MN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II gabungan kerjasama itu, Datuk Takiyuddin Hassan.Kedua-dua pemimpin itu berkata, kepimpinan MN […]

POLIS JOHOR TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP PATI

POLIS JOHOR TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP PATI JOHOR BAHRU, 08 JUN 2020: Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) antarabangsa di negeri ini yang mengaut keuntungan lebih RM60.48 juta dan menyeludup kira-kira 43,200 PATI sejak 2014. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket penyeludupan PATI terancang terbabit tumpas selepas […]

#SOULofJOHOR – JANGAN MUDAH TERPEDAYA, REMAJA RUGI HAMPIR RM300 RIBU DITIPU LOVE SCAM

KUANTAN: Remaja lelaki 14 tahun diperdaya seorang ‘gadis’ yang dikenalinya dalam laman Facebook sehingga sanggup menyerahkan RM295,950 menerusi 21 transaksi pindahan wang antara 2 Mei hingga 20 Jun lalu. Remaja itu yang dipercayai diperdaya sindiket Love Scam bukan sahaja menyerahkan wang simpanannya tetapi juga membabitkan wang yang dipinjam daripada ahli keluarga. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah […]

TERSERAH KEPADA MB JOHOR BUBAR DUN – ONN HAFIZ

TERSERAH KEPADA MB JOHOR BUBAR DUN – ONN HAFIZ Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Terserah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan bertujuan menyelesai pergolakan politik terbaharu di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz […]

2 LELAKI DICEKUP SELEPAS PECAH RUMAH

KULAI – Polis berjaya memberkas dua lelaki yang melakukan pecah masuk sebuah rumah di Jalan Bangau 13, Bandar Putra di sini Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, tangkapan itu dibuat selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada pukul 3.10 petang. “Susulan itu bertindak atas […]

124 DITAHAN INGKAR PKPP

124 DITAHAN INGKAR PKPP JOHOR BAHRU – Polis dan Majlis Bandararaya Johor Bahru (MBJB) melakukan serbuan di dua pusat hiburan di sini malam tadikerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu bermula pada pukul 11 malam di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau dan Jalan Ibrahim […]

MARITIM TAHAN KAPAL, BOT NELAYAN ASING – @MYCoastGuard

MARITIM TAHAN KAPAL, BOT NELAYAN ASING KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan ditahan dalam dua Ops Benteng Laut di timur Tanjung Siang, dekat sini semalam. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Tan Ah Bik berkata, kapal tangki berkenaan ditahan kapal ronda maritim kira-kira 14 batu nautika timur Tanjung […]

NOR AQILAH SUDAH SEDAR, KEADAAN STABIL

NOR AQILAH SUDAH SEDAR, KEADAAN STABIL BUKIT MERTAJAM: Selepas seminggu menerima rawatan akhirnya mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma. Difahamkan, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner […]

‘SAYA TAK BOLEH MAAFKAN ORANG YANG HANCURKAN UMNO’

‘SAYA TAK BOLEH MAAFKAN ORANG YANG HANCURKAN UMNO’ KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau tidak dapat memaafkan Datuk Seri Najib Razak ‘sampai bila-bila’. Menurut Mahathir, pada suatu ketika beliau sangat menyenangi Najib sampai berusaha bersungguh-sungguh agar Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Tidak […]

PRU-15: TUN M BERTANDING LAGI?

PRU-15: TUN M BERTANDING LAGI? SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara. Menurut portal Free Malaysia Today, bekas Perdana Menteri itu berkata, hasrat beliau sebelum ini untuk tidak bertanding PRU15 telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokongnya. […]
111-69
0

ANWAR DEDAH HASIL PERJUMPAAN DENGAN AGONG 2 PETANG INI

ANWAR DEDAH HASIL PERJUMPAAN DENGAN AGONG 2 PETANG INI KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan sidang media jam 2 petang ini, bagi memaklumkan hasil pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam jemputan medianya, berkata Anwar akan membuat satu pengumuman penting ketika […]
444-6
0

SERONOK BERPARTI LIAR, 31 DITAHAN

SERONOK BERPARTI LIAR, 31 DITAHAN ISKANDAR PUTERI – Keseronokan 31 individu mengadakan parti liar ‘terencat’ apabila mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Medini Utara, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri melakukan serbuan pertama jam 7.30 petang di sebuah rumah. “Dalam […]

#SOULofJOHOR – MB JOHOR PUJI INFRASTRUKTIR SUKMA XX JOHOR BERKELAS DUNIA

ISKANDAR PUTERI 12 JULAI 2020 – Persiapan yang dilakukan oleh pihak penganjur SUKMA XX JOHOR 2020, menghampiri tiga tahun dengan segala kemudahan dan infrastruktur bagi temasya sukan dwi-tahunan berkelas dunia hampir siap dan bersedia untuk menerima para ahlet di Johor Darul Ta’zim tahun hadapan. Tarikh penganjuran temasya SUKMA XX JOHOR 2020 pada 6 – 14 […]

PENYERANG MASJID CHRISTCHURCH DIJEL SEUMUR HIDUP

CHRISTCHURCH: Penyerang masjid New Zealand, Brenton Tarrant hari ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, atas tindakannya membunuh 51 orang Islam tahun lalu. Hakim turut menyifatkan perbuatannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. “Adalah tanggungjawab mahkamah untuk bertindak dalam cara yang tegas bagi menggambarkan penolakan jenayah keji ini,” kata Cameron Mander ketika mengumumkan hukuman yang […]

BERSATU JOHOR SERAH KEPADA @MuhyiddinYassin BUAT KEPUTUSAN

BERSATU JOHOR SERAH KEPADA MUHYIDDIN BUAT KEPUTUSAN Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang membantu calon Bebas berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Pengerusi Bersatu negeri, […]

SINDIKET MACAU SCAM PEDAYA WARGA CHINA TUMPAS

SINDIKET MACAU SCAM PEDAYA WARGA CHINA TUMPAS JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket Macau Scam selepas melakukan satu serbuan di sebuah hotel di Kluang hari ini. Menerusi serbuan dilakukan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Johor pada pukul 10 pagi, 43 suspek warganegara China termasuk dua wanita tempatan berusia 18 hingga 40 tahun ditahan. Ketua […]

JANGAN LEKA, TERUS PANTAU SUNGAI KIM KIM

JANGAN LEKA, TERUS PANTAU SUNGAI KIM KIM PASIR GUDANG – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Kanser Pasir Gudang meminta kerajaan terutamanya agensi dan jabatan berkaitan supaya terus memantau keadaan Sungai Kim Kim di sini yang didakwa masih tercemar. Pengerusi Sahabat Kanser Pasir Gudang, Zarina Abdullah berkata, perhatian perlu diberi terhadap 274 kilang di sepanjang […]

PELAJAR TINGKATAN 5 KORBAN PEMANDU MABUK

PELAJAR TINGKATAN 5 KORBAN PEMANDU MABUK KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah PERODUA Myvi dipandu seorang pemandu mabuk di Jalan Raja Laut di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, Muhammad Hazeq Hakimi Romli, 17, yang menunggang Yamaha Y15 maut […]

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3

KEPUTUSAN PENUH: GRS 38, WARISAN 32, BEBAS 3 KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Berdasarkan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiga parti utama yang membentuk GRS iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan […]

SUDAH TIBA MASA UMNO TARIK DIRI DARIPADA PN – NUR JAZLAN

SUDAH TIBA MASA UMNO TARIK DIRI DARIPADA PN – NUR JAZLAN SETELAH dipermainkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, UMNO seharusnya membuat keputusan tegas menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Menarik perhatian itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan, sekiranya UMNO tidak […]
111-48
0

PPM WILAYAH 2 RAMPAS ARAK SELUDUP BERNILAI RM628,433

PPM WILAYAH 2 RAMPAS ARAK SELUDUP BERNILAI RM628,433 JOHOR BAHRU – Walaupun modus operandi sindiket penyeludupan minuman keras sentiasa berubah-ubah, namun Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 masih berjaya menghidu dan mematahkan kegiatan sindiket terbabit yang bergiat aktif di sekitar daerah ini. Penguatkuasaan dan operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri […]
222-44
0

SEMUA PASAR DIBENAR BEROPERASI SEMULA

SEMUA PASAR DIBENAR BEROPERASI SEMULA JOHOR BAHRU – Semua pasar pagi, pasar malam, pasar tani, pasar awam dan bazar karat di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini dibenarkan beroperasi seperti biasa berkuat kuasa serta-merta dengan syarat harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan […]

#SOULofJOHOR – RAMPASAN DADAH TERBESAR JSJN JOHOR DALAM TEMPOH PKPP

Johor Bahru: Sindiket penyeludupan dadah yang dianggotai empat ahli keluarga tumpas dalam 5 serbuan berasingan di sekitar Muar padaJumaat dan Sabtu lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, abang, adik dan abang ipar itu ditahan hasil maklumat awal diterima daripada Polis Marin Wilayah Dua yang menahan […]

#SOULofJOHOR – JOHOR TUBUH JAWATANKUASA SEKURITI MAKANAN NEGERI

JOHOR BAHRU – Johor akan menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri bagi memastikan pengeluaran pertanian dan industri makanan yang mampan, berkapasiti, holistik serta produktiviti yang tinggi dapat dicapai. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, penubuhan jawatankuasa itu amat tepat kerana Johor merupakan penyumbang terbesar pengeluaran makanan dalam […]

JENAZAH FIRDAUS, ANAK SULUNG SELAMAT DIKEBUMIKAN

KOTA TINGGI – Suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan anak sulungnya di Tanah Perkuburan Islam, Felda Sening, di sini malam tadi. Jenazah Leftenan Maritim Md. Firdaus Omar, 35, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8, selamat disemadikan pada pukul 12.30 tengah malamyang turut dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan pegawai serta anggota APMM […]

PENUNGGANG MAUT LANGGAR FORTUNER YANG MEMBELOK

PENUNGGANG MAUT LANGGAR FORTUNER YANG MEMBELOK Gambar: ihsan polis KOTA TINGGI – Seorang penunggang maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 32.9,Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, semasa kemalangan pada pukul 1 petang, Mohd. Amrizan Abdullah, 41,dalam perjalanan pulang dari tempat […]

TIADA TOLAK ANSUR JIKA TERLIBAT AJARAN SESAT

TIADA TOLAK ANSUR JIKA TERLIBAT AJARAN SESAT Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU – Polis tidak akan bertolak-ansur dan menahan pengikut ajaran sesat yang dikesan menjadi ancaman dan membahayakan keselamatan awam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, jika melangkaui garisan keselamatan negara, mereka akan segera diburu terutamanya jika ada cubaan untuk mengumpul […]

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA – TMJ

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DEKAT DI HATI SAYA – TMJ Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sekolah pendidikan khas adalah perkara yang amat dekat di hati beliau dan keluarganya. Menurutnya, pendidikan adalah hak untuk semua rakyat tidak mengira kaum atau agama mahupun keupayaan dan setiap anak Johor […]

SULTAN IBRAHIM KURNIA PINGAT UNTUK BARISAN HADAPAN

SULTAN IBRAHIM KURNIA PINGAT UNTUK BARISAN HADAPAN JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan memperkenalkan Pingat Jasa Dikenang khusus untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan di negeri ini yang secara berterusan bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19. Menurut akaun rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah pingat berserta surat akuan akan dikurniakan kepada penerima terdiri pelbagai […]
111-58
0

BN TAK BERTANDING PRK BATU SAPI – BUNG MOKTAR

BN TAK BERTANDING PRK BATU SAPI – BUNG MOKTAR KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akur dan menyokong Keputusan BN Pusat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mencegah penularan COVID-19. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata perkara itu sebelum ini sudah dibincangkan di peringkat negeri dan […]
111-91
0

4 RUMAH DI KG. NERAMBAI, REMBAU DIKENAKAN PKPD

4 RUMAH DI KG. NERAMBAI, REMBAU DIKENAKAN PKPD REMBAU: Empat rumah di Kampung Nerambai, Lubuk China dekat sini, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar bermula jam 4 petang tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Daerah Rembau Mohamad Najib Mustafa, berkata perintah itu dikenakan terhadap 10 individu dalam pemantauan (PUS) membabitkan empat rumah […]
111-122
0

SUDAH KENA TAHAN DAN SIASAT KE?

SUDAH KENA TAHAN DAN SIASAT KE? Apa perkembangan kes seorang lelaki yang didakwa menghina Raja-Raja Melayu baru-baru ini? Adakah sudah dikenal pasti, ditahan dan disiasat? Rakyat ingin tahu perkembangan terkini kes ini.

#SOULofJOHOR – POLIS TUMPASKAN SINDIKET CURI KOMPONEN KERETA

#SOULofJOHOR – POLIS TUMPASKAN SINDIKET CURI KOMPONEN KERETA ISKANDAR PUTERI, 09 JUN 2020 : Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri komponen kereta dengan tertangkapnya empat orang suspek pada rabu lalu, di sini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang berusia 23 hingga 43 tahun di tangkap di lokasi berasingan di sekitar […]

#SOULofJOHOR – @POLISJOHOR TUMPASKAN KUMPULAN BOBBY

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai Kumpulan Bobby yang didalangi rakyat tempatan dan warga asing tumpas dalam 10 serbuan di Seri Alam dan sekitar bandar raya ini sejak Isnin hingga Jumaat lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli kumpulan itu dicekup dalam operasi yang […]

SENARAI HITAM PEMILIK SALAH GUNA LESEN UNTUK JUDI HARAM

JOHOR BAHRU – Polis Johor melakukan 695 serbuan dan menangkap 1,018 individu yang terlibat dengan pelbagai aktiviti perjudian haram bagi tempoh dua bulan lalu di seluruh negeri. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sepanjang Julai serbuan dilakukan melibatkan 256 lokasi perjudian dan menahan 363 individu serta merampas 182 telefon bimbit, enam unit […]

EJEN HARTANAH DIDAKWA TIPU LEBIH 40 MANGSA

EJEN HARTANAH DIDAKWA TIPU LEBIH 40 MANGSA Oleh Abu Hanifah Muhamad PASIR GUDANG – Hasrat seorang suri rumah untuk membuka restoran tidak kesampaian, apabila dia diperdaya ejen hartanah tiga tahun lalu. Chia Moi Hon, 45, mendakwa wang simpanan miliknya berjumlah RM36,000 yang dikumpul sejak lima tahun lalu diserahkan kepada ejen hartanah secara tunai bagi pembelian […]

PEMBANTU RUMAH, TEMAN LELAKI DITAHAN SAMUN RUMAH MAJIKAN

PEMBANTU RUMAH, TEMAN LELAKI DITAHAN SAMUN RUMAH MAJIKAN ISKANDAR PUTERI – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dan teman lelakinya ditahan kerana melakukan samun di rumah majikannya di Taman Nusa Idman, di sini pada 6 September lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 27 tahun ditahan […]

MAYAT NELAYAN DITEMUKAN, SEORANG LAGI MASIH HILANG

MAYAT NELAYAN DITEMUKAN, SEORANG LAGI MASIH HILANG MUAR – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama anaknya ketika mencari kepah di Sungai Muar berdekatan Tanjung Emas sejakkelmarin ditemukan mayatnya hari ini. Mayat Zainal Jerman, 61, ditemukan terapung pukul 3.25 petang oleh sekumpulan nelayan tempatan yang membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, […]

PAS MINTA PENJELASAN UMNO

PAS MINTA PENJELASAN UMNO KUALA LUMPUR: PAS meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 […]

HALATUJU PARTI AKAN DIPUTUSKAN BERSAMA – ZAHID

HALATUJU PARTI AKAN DIPUTUSKAN BERSAMA -ZAHID KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara berkaitan isu hala tuju parti adalah isu penting, justeru tidak sesuai untuk beliau bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama pimpinan parti. Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta pemimpin parti memberi pandangan apabila isu berhubung hala tuju parti selepas […]

JKM MINTA BANTUAN CARI IBU KANDUNG AUNI, MIZAN

JKM MINTA BANTUAN CARI IBU KANDUNG AUNI, MIZAN DUNGUN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kepada dua kanak-kanak dikenali Auni, 7, dan adik lelakinya, Mizan, 5. JKM berkata, ibu kepada dua beradik itu dikenali Noor Azreen Mohd Yusof, 39, yang alamat terakhirnya di Taman Sri Angkasa Hilir,Jalan Hilir 7, Kampung […]
111-70
0

5 DISEMBER PRK BATU SAPI

5 DISEMBER PRK BATU SAPI PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, Batu Sapi, Sabah. Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada 2 Oktober lalu. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata 23 November pula ditetapkan […]