TIGA SA DITUTUP AKIBAT COVID-19

TIGA SA DITUTUP AKIBAT COVID-19

JOHOR BAHRU 301020 – Tiga lagi sekolah agama (SA) ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dikesan terdapat kes jangkitan COVID-19 di kawasan berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, SA Taman Universiti 1 ditutup semalam hingga 4 November, manakala
SA Bandar dan SA FRU ditutup mulai hari ini hingga 7 November ini.

“SA Taman Universiti 1 membabitkan 1,176 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas, 21 guru dan empat kakitangan.

“SA Bandar melibatkan melibatkan 17 guru, lima kakitangan sokongan dan 1,387 murid Darjah Satu hingga Enam termasuk Darjah Khas.

“SA FRU pula yang berada dalam Kuarters Polis Depoh melibatkan empat guru dan 189 murid Darjah Satu hingga Enam,” katanya dalam satu kenyataan di sni hari ini.

Jelasnya, semua sekolah agama itu ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan murid dari sekolah kebangsaan berdekatan. – JT

(Visited 11 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: