TIGA DITAHAN TERLIBAT ROGOL, SEKS LUAR TABII

TIGA DITAHAN TERLIBAT ROGOL, SEKS LUAR TABII

JOHOR BAHRU 171120 – Seorang wanita dirogol, diperlakukan seks luar tabii dan dipukul di sebuah rumah di Taman Perling di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 4 pagi selepas mangsa dibawa ke sebuah rumah suspek yang juga rakannya.

“Mangsa kemudian dirogol, diperlakukan seks luar tabii dan dipukul oleh seorang lelaki dan dua wanita. Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara mengesan dan berjaya menangkap semua suspek.

Beliau berkata, motif kejadian tersebut dipercayai kerana hutang.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Johor Bahru esok untuk pertuduhan.

Rupiah berkata, suspek lelaki akan dituduh di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377C KK, Seksyen 385 KK, Seksyen 323 KK, Seksyen 182 KK dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Dua suspek wanita pula akan dituduh di bawah Seksyen 323 KK dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. – JT

(Visited 16 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: