SEORANG MAUT MOTOSIKAL ‘PANJAT’ KANCIL

SEORANG MAUT MOTOSIKAL ‘PANJAT’ KANCIL

TANGKAK 041120 – Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas terlibat kemalangan di hadapan Kilang Living Nature di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 2.41 petang, Ahmad Zakwan Mohamed, 36, yang menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia selepas berlanggar
dengan sebuah kereta Perodua Kancil.

Penumpang hadapan kereta tersebut, seorang lelaki dewasa berusia 19 tahun cedera manakala pemandunya tidak diketahui keadaannya.

Kemalangan tersebut mengakibatkan bahagian depan kereta itu remuk manakala motosikal tersebut berada di atas kereta berkenaan.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Zamri Ayub berkata, penunggang motosikal tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan.

“Bomba mengeluarkan penumpang hadapan yang cedera dan diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut. Pemandu kereta tersebut tidak dapat dipastikan keadaannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut tamat pada jam 3.45 petang. – JT

(Visited 12 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: