SEORANG MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEMALANGAN

SEORANG MAUT, LIMA CEDERA DALAM KEMALANGAN

BATU PAHAT 301020 – Seorang lelaki maut manakala lima cedera selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 75.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.38 malam itu, Syamil Aiman, 30, yang memandu kereta itu tersepit di tempat duduk pemandu.

Penumpang depan, Mohd. Noor Harun, 48, serta tiga penumpang belakang Zaina Mahmod, 41, Zalikha Nazir, 48, Norafiah, 6, dan Aishah Akila, 5, cedera.

Pemandu treler jenis Scania itu pula, Louis Eday Moses tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Ibnul Kasim Ahmad Abd. Hamid berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan
menggunakan peralatan Road Traffic Accident.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Semua mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital berhampiran dengan menggunakan ambulans. Operasi tamat pada jam 11.52 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: