SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT, RAKAN PARAH MPV BERLANGGAR DENGAN PERODUA ARUZ

SEORANG ANGGOTA POLIS MAUT, RAKAN PARAH MPV BERLANGGAR DENGAN PERODUA ARUZ

JOHOR BAHRU 011120 -Seorang anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah apabila kereta peronda mereka naiki berlanggar dengan kenderaan lain di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar, berkata kenderaan kereta peronda MPV yang dinaiki dua anggota polis itu berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis terbalik dalam kejadian jam 6.24 pagi.

“Turut cedera, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Aruz,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Saiful berkata anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail. – BH

(Visited 39 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: