SALURAN PAIP DI KILANG PROSES MINYAK STERING TERBAKAR

SALURAN PAIP DI KILANG PROSES MINYAK STERING TERBAKAR

PASIR GUDANG 301020 – Pekerja di sebuah kilang terbakar di Jalan Pekelilng di sini hari ini berdepan detik cemas apabila satu saluran paip memproses minyak stering terbakar.

Kebakaran pada pukul 10.29 pagi itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa namun semua pekerja selamat.

Pasukan Emergency Respond Team (ERT) kilang itu segera melakukan kerja-kerja memadam kebakaran apabila menyedari kejadian tersebut.

Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, kebakaran itu melibatkan 30 peratus di bahagian saluran paip tersebut yang berukuran 300 meter persegi dan berketinggian 34 kaki.

“Pihak bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozzle dan empat salur dari kilang serta cecair nitrogen.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam masa kira-kira dua jam dan operasi tamat pada jam 12.50 tengah hari. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – JT

(Visited 10 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: