RAMPAS ROKOK ‘DALAM’ PINTU – @KastamMalaysia

RAMPAS ROKOK ‘DALAM’ PINTU – @KastamMalaysia

Oleh Abu Hanifah Muhamad

JOHOR BAHRU 051120 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan cubaan menyeludup 620 karton rokok seludup yang disembunyikan dalam 10 pintu di sebuah premis syarikat penghantaran di Kempas Lama, di sini pada 21 Oktober lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, dalam pẻmeriksaan pada pukul 4.30 petang selepas mendapat makluman risikan, pihaknya menemukan rokok berkenaan yang disembunyikan dalam pintu yang sudah diubah suai.

“Dalam setiap pintu terdapat 62 karton rokok putih disusun dengan rapi yang mahu dihantar ke negara jiran. Jumlah keseluruhan rokok putih yang dirampas adalah 620 karton bersamaan 124,000 batang rokok.

“Anggaran nilai rokok putih tersebut RM49,600 dan jumlah duti dan cukai terlibat dianggarkan sebanyak RM86,000. Ini adalah modus operandi terbaharu dan kes pertama dengan câra ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara JKDM Johor, di sini hari ini.

Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan pihak kastam sedang mengesan serta menyiasat pihak yang menghantar rokok putih berkenaan.

Dalam satu serbuan lain ke átas sebuah premis di Taman Ekoperniagaan 2, Senai Airport City, Senai, dekat sini pada jam 8 malam kelmarin, pihaknya merampas rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama.

Menurutnya, rokok-rokok berkenaan disembunyikan dalam satu tong berwarna jingga dalam sebuah lori satu tan jenama Daihatsu yang berkunci dalam premis berkenaan.

“Jumlah kêseluruhan rokok yang dirampas adalah sebanyak 150 karton bersamaan 856,000 batang rokok dianggarkan bernilai RM153,120 dan nilai duti serta cukai terlibat dianggarkan RM580,272,” katanya.

Menurut beliau, tiada tangkapan dilakukan kerana semasa serbuan premis tersebut tiada penghuni dan operasi dilakukan mẻnerusi Ops Benteng hasil maklumat awam.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum RM100,000 dan maksimum tidak lebih RM500,000 dan penjara selama tempoh enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – JT

(Visited 14 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: