PENUNGGANG MAUT DALAM KEMALANGAN

PENUNGGANG MAUT DALAM KEMALANGAN

PASIR GUDANG 041120 – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.26 pagi, Muhamad Padli Sulaiman, 26, yang menunggang jenis Honda Wave Ultimo X meninggal dunia manakala pemandu
Proton Saga, P Pardave Singh, 27, cedera.

Kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Permas Jaya itu mengakibatkan kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik ke bawah bukit di lebuh raya tersebut.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamal Saari, pihaknya membantu mengeluarkan pemandu yang terperangkap dalam kereta tersebut sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut tamat pada pukul 10.15 pagi. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: