PENUHI 12 SYARAT JIKA MAHU PEJUANG SOKONG – MUKHRIZ

PENUHI 12 SYARAT JIKA MAHU PEJUANG SOKONG – MUKHRIZ

KUALA LUMPUR 181120 – Sebanyak 12 syarat diberi oleh Parti Pejuang (Pejuang) kepada kerjaaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya mahu parti itu menyokong Belanjawan 2021.

Ahli Parlimen (Jerlun-Bebas), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ahli-ahli Parlimen yang menyertai Pejuang nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya beberapa pindaan yang dikemukan tidak dilayan.

Antara syarat itu termasuk lanjutan moratorium serta pengeluaran daripada akaun 1, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana dibangkitkan Barisan Nasional (BN).

“Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada pindaan terhadap syarat kami kemukakan.

“12 syarat supaya ini adalah agar ke
rajaan tidak berboros berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan ketika negara sedang dilanda krisis yang serius ini,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara 12 syarat yang dikemukakan Mukhriz ialah menunda pembinaan bangunan kementerian yang tidak menjadi keutamaan contohnya bangunan baharu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menelan belanja pembinaan sebanyak RM60.5 juta.

Mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat daripada RM7.9 bilion kepada RM11.7 bilion.

Pejuang juga kata Mukhriz mahu kerajaan menunda kesemua projek mega bernilai RM15 bilion dan memberi tumpuan kepada projek-projek kecil.

“Kurangkan jumlah menteri Kabinet dan turunkan gaji menteri, timbalan menteri kalau boleh sehingga 30 peratus.

“Tambah belanjawan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penyakit tidak berbangkit, walaupun kita bergelut dengan Covid-19, tidak bermakna penyakit lain hilang begitu saja,” ujarnya. – MalaysiaGazette

(Visited 18 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: