PAK ARAB ROGOL, LIWAT KENALAN WANITA DITAHAN

PAK ARAB ROGOL, LIWAT KENALAN WANITA DITAHAN

PETALING JAYA 021120 – Seorang pemilik restoran makanan Arab berasal dari Asia Barat ditahan polis dipercayai merogol dan meliwat kenalan wanita yang baru dikenalinya di Ara Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek yang berusia 31 tahun ditahan pada jam 10.19 pagi sebaik polis menerima aduan daripada mangsa pada jam 9.38 pagi.

Katanya, mangsa seorang wanita warga asing berusia 25 tahun dan bekerja sebagai operator perkhidmatan pelanggan bagi syarikat pelancongan.

“Mangsa mendakwa baru mengenali suspek yang juga pemilik restoran makanan Arab di tempat tinggalnya pada 28 Oktober lalu.

“Suspek dikatakan datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam, kelmarin dengan membawa makanan dan minuman keras.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam, suspek dalam keadaan mabuk mengajak mangsa melakukan hubungan seks namun ditolak menyebabkan lelaki itu berang dan menampar muka mangsa sebelum merogolnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katany, suspek turut meliwat mangsa selain mengajak mangsa mandi bersama dan menganggap mangsa sebagai isterinya.

“Suspek kemudian tertidur di rumah mangsa dan wanita itu mengambil kesempatan keluar ke balai polis membuat laporan.

“Susulan laporan polis mangsa, suspek ditangkap ketika dia tertidur sebelum direman tujuh hari sehingga 8 November ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan Seksyen 323 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan,” kata beliau.

Tambah beliau, siasatan lanjut kini sedang dijalankan dan pihak kedutaan suspek dan mangsa dimaklumkan berhubung kejadian itu. – BH

(Visited 23 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: