NYARIS MAUT, SEMPAT SELAMATKAN DIRI IKUT PINTU BELAKANG

NYARIS MAUT, SEMPAT SELAMATKAN DIRI IKUT PINTU BELAKANG

JOHOR BAHRU 021120 – Seorang pemilik syarikat perkhidmatan pembersihan dan keluarganya nyaris maut dalam kebakaran di rumahnya di Bandar Baru Kangkar Pulai, Skudai dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 3.31 pagi, lelaki berkenaan bersama-sama isteri, dua anak dan orang gajinya melarikan diri menerusi pintu belakang selepas menyedari berlaku kebakaran.

Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai serta BBP Pekan Nenas, Pontian dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar, mereka dibantu tiga jentera Fire Rescue Team (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres jenis kekal berkeluasan 22×70 kaki persegi. Tindakan operasi pemadaman menggunakan empat aliran berukuran 200 kaki dan pancutan sumber air dari tangki pam jentera.

“Kemusnahan kebakaran bangunan sebanyak 60 peratus. Kebakaran turut mengakibatkan kemusnahan empat kenderaan mewah iaitu tiga buah kereta jenis Mercedes-Benz yang terbakar 90 peratus.

“Selain itu turut Perodua Myvi terbakar 20 peratus dan sebuah motosikal Harley Davidson terbakar 95 peratus. Sebuah kereta Nissan Navara sempat dialihkan dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan sebuah daripada kereta Mercedes-Benz tersebut dibeli sebulan lalu dan terdapat kereta mewah yang terbakar itu baru diservis.

Mohamad Riduan berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada pukul 5.02 pagi. – JT

(Visited 20 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: