NELAYAN LEMAS DITEMUKAN

NELAYAN LEMAS DITEMUKAN

MERSING 301020 – Mayat seorang nelayan yang lemas dalam kejadian di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan ( LKIM) Endau pagi semalam ditemukan pada pukul 4.17 petang semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, mayat Muhammad Al-Shafiq Abdul Rosool, 25 ditemukan selepas hampir lapan jam hilang.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak lima meter dari lokasi mangsa terjatuh. Mangsa berjaya dibawa ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tidakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut maklumat saksi, mangsa terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat dari jeti ke bot dan terus tenggelam.

Menurut Mohd. Alias, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.30 pagi semalam. – JT

(Visited 17 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: