LEBIH 800 RIBU HILANG KERJA

LEBIH 800 RIBU HILANG KERJA

KUALA LUMPUR 301020 – Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.

“Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

“Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19, kerajaan sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas situasi semasa COVID-19 hari ini. – BH

(Visited 31 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: