KEPUTUSAN YANG AMAT DINANTIKAN RAKYAT

KEPUTUSAN YANG AMAT DINANTIKAN RAKYAT

JOHOR BAHRU 211120 – Kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri termasuk Johor, kecuali bagi daerah Kota Tinggi dan Mersing.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad menyifatkan keputusan itu pasti melegakan rakyat.

Malah, menurut beliau, keputusan yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu juga mencerminkan betapa kerajaan Persekutuan memahami suara hati rakyat, khususnya saranan kerajaan negeri sebelum ini supaya PKPB dilaksanakan secara bersasar.

Berikut adalah kenyataan penuhMenteri Besar:

1. Alhamdulilah, hari ini Kerajaan Persekutuan mengumumkan penamatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri termasuk Johor, kecuali bagi Daerah Kota Tinggi dan Mersing.

2. Keputusam yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pasti memberi kelegaan kepada orang ramai termasuk rakyat Johor.

3. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat ini.

4. Keputusan itu juga mencerminkan betapa Kerajaan Persekutuan memahami suara hati rakyat, khususnya saranan Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini supaya PKPB dilaksanakan secara bersasar.

5. Ini diterjemahkan apabila PKPB secara bersasar dilaksanakan di kawasan yang masih mempunyai jangkitan tinggi, iaitu di Daerah Kota Tinggi dan Mersing, Johor.

6. Bagi rakyat yang tinggal di Kota Tinggi dan Mersing yang masih dikenakan PKPB, patuhilah semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya penularan COVID-19 ini dapat dikawal dengan baik.

7. Walaupun PKPB ditamatkan mulai esok, namun saya ingin menasihati semua rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi SOP dalam setiap urusan harian masing-masing.

8. Ingatlah bahawa pandemik COVID-19 masih ada di sekeliling kita selagi vaksin atau ubatnya belum berjaya ditemukan. Justeru, bersama-samalah kita mengekang dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 ini.

– JT

(Visited 30 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: