JOHOR MESRA PELABUR, SEMUDAH ABC – @HASNI_JOHOR

JOHOR MESRA PELABUR, SEMUDAH ABC – @HASNI_JOHOR

JOHOR BAHRU 011120 – Kerajaan negeri memberi jaminan akan mengurangkan karenah birokrasi bagi menarik lebih pelabur yang berhasrat membuka perniagaan di negeri itu dalam suasana normal baharu pendemik COVID-19 ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri akan memudahkan cara dan urusan pelaburan, khususnya dalam bidang infrastruktur teknologi dan komunikasi atau pengisiannya.

Menurutnya, pelabur kini tertarik datang ke Johor kerana insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri, bukan lagi syarat-syarat yang dikenakan sebelum ini.

“Saya akan cuba terbaik mengurangkan segala aspek birokrasi yang menjadi halangan, semudah ABC.

“Kita akan melihat perkara yang menjadi halangan dan rintangan supaya dipermudahkan untuk melabur di negeri ini,” katanya semasa merasmikan Pusat Ekonomi Digital Johor (JDEC) di Kelab Phoniex, Danga Bay di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Izhar Ahmad dan Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah, Datuk Tee Siew Kiong.

JDEC merupakan inisatif Yayasan Sultanah Fatimah bagi membantu golongan usahawan dan individu dalam menghadapi era ekonomi digital ketika ini.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri juga sedang merancang untuk membangunkan pusat ekonomi digital di Iskandar Puteri seiring dengan Johor Digital Masterplan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, sektor digital menjadi tumpuan kerajaan negeri sebagai langkah untuk membantu merancakkan semula ekonomi dengan memperbanyakkan lagi penglibatan pelabur dan orang ramai.

“Apabila ekonomi pulih, peluang dan permintaan pasaran dan kepakaran dalam sektor itu meningkat termasuk peluang pekerjaan serta mencebur diri dalam perniagaan. – JT

(Visited 21 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: