HSA TUBUH JAWATANKUASA SIASAT PEGAWAI PERUBATAN MAKI PESAKIT

HSA TUBUH JAWATANKUASA SIASAT PEGAWAI PERUBATAN MAKI PESAKIT

JOHOR BAHRU 201120 – Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menyiasat dakwaan seorang pegawai perubatannya bersikap biadap dengan menghambur makian kepada pesakit dalam media sosial.

Pengarah HSA, Dr. Mokhtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya memandang serius perlakuan pegawai perubatan terbabit.

Beliau yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai berkenaan.

“Berhubung isu pegawai perubatan biadap hambur makian kepada pesakit dalam media sosial, pihak pengurusan HSA memandang serius perlakuan pegawai perubatan terbabit.

“Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di peringkat hospital bagi menyiasat dengan lebih terperinci isu tersebut. Sekiranya didapati benar, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pegawai perubatan terlibat

“Bagi pihak HSA memohon maaf diatas penyataan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan berkenaan sehingga menyinggung perasaan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor, hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial Twitter seorang Pegawai Perubatan yang mengeluarkan kata hinaan kerana terdapat pesakit barah otak yang mendapatkan rawatan ke Hospital pada jam 4 pagi.

Dakwanya pesakit itu sepatutnya datang pada keesokan harinya kerana telah bertahan selama enam hingga tujuh bulan menghidap pesakit berkenaan.

Ekoran itu netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan pegawai muda terbabit yang biadap dan tidak sensitif dengan keadaan pesakit. – JT

(Visited 15 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: